Showing posts with label Jiwang merapuh ntah apa2. Show all posts
Showing posts with label Jiwang merapuh ntah apa2. Show all posts

Friday, 24 April 2009

Exam tension....

Alahai mak oiii...lama bebenor aku tak mengupdatekan blog ne...so for those yg selalu menjenguk blog ne seribu kemaafan di pinta..nokss i bz sangat occay...susah nak kata uolls...yelah nak buat mcmana kanz...kalau tak berusaha alamat extended semester kekdahnya...nak bayar RM 4000...aku tak mampu nokss...even now pun hutang dah keliling pinggang..siapa yg nak jawab...so nak di pendekan cheritanya..kena berusaha..ibarat kata perpatah..bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..atau lagi tepat kalau tak di pecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya..choiii rasa macam ahli bahasa lak...ahli bahasa negara mana aku sendiri pun tak taw...so Lu fikirlah sendiri.....
Well dalam berberapa minggu kebelakangan banyak benda yg terjadi...kalau nak di cheritakan satu persatu confirm esok pagi pun tak habis kekdahnya tapi for sure memang ada cherita yg best untuk di kongsikan dengan uolls semua.Sebenarnya aku ne jenis org yg tak cerewet,apalagi kalau melibatakn projek berkumpulan atau sebagainya,cuma yg aku tahan kalau org suka bagi aku SHITT... @ Tahi...dah kita susah2 nak buat keja...org tue pulun balik kampung memanjang...tapi kalau soal kipas mengipas dia number satu....hari ne nak di jadikan cherita...aku ada Test dari pagi sampai ke petang...org tue lak sibuk pasal buku log,kesnya mcmne...buku log tue my group leadre dah bagi pun dua minggu awal sebelum presentation 20 hb yg lalu,ntah mungkin kerana org yg diamanakan unruk menyiapkan buku log tue buat mcm sial kekdahnya,maka buku log tue tak siap,so aku juga yg jadi mangsanya...aku hangin betul lah dengan org tue...shitt sangat....tak nak fikir sangat pasal benda ne...apapun mungkin ne pengalaman yg berharga kekdahnya.
Dalam berberapa mingu lagi bergelar sebagai pelajar kat sini...rasanya banyak pengalaman yg berharga di perolehi kat sini...terutama mengenali teman2 yg mempunyai pelbagai ragam kekdahnya...ada yg berperangai mcm tuan besar dan sebagainya...mungkin inilah yg dikatakan sebagai perjalanan kehidupan,setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya bukan...apa yg pasti aku akan meninggalkan seribu satu kenangan manis di University Kuala Lumpur ini...chewaa....ala-ala sentimental juga kekdahnya....
Tensioon....exam akan start 28hb ne...dan akan berterusan sampai 7hb mei...alamak 05 hb birthday aku lak....mcmana ne...nak sambut ker tak heehe...takpe bertawakal sahaja erkss....mst boleh buat kowt :P
Oklah guys...nak study kekdahnya..salam sayang semua

Wednesday, 15 October 2008

bicara pagi..

Hello guyz..good morning..harap2 pagi ne semua dalam keadaan baik..hendaknya kan hehhehe..actually aku takde idea nak updatekan blog ne...so menulis mengikut gerak hati katakan huhu...lately aku memang bz..pergi practical dari 07.30 sampai 20.30...memang penat thats why masa untuk bergembira(wakakak)dah takde...and satu lagi my practical period..di sambung sampai tahun depan...Thanks God..
arggggggg...pagi ne sangat membusankan..dah takde kerja katakan huhu..takpe apapun...kena buat sesuatu juga kan huhu....
Klah guys..nak sambung keja dulu...

Monday, 15 September 2008

Pagi yang..terang

Hai...hows day bro?Minta2 semua dalam keadaan sihat walafiat kan...yahooo sehari lagi..berlalu dalam hidup aku....aku njoy menikmati hidup yang Tuhan berikan ini..gimana dengan uolls semua?Apakah Uolls menghargai hidup uolls dalam segala hal?Tepuk dada tanya selera.......
Uolls tahu pagi ne kelamkabut sedikit...biasanya 6.30 aku dah mandi dan bersiap-siap..untuk pergi tempat practical...malangnya..pagi ne..aku bangun lewat..huhu...(perkara yang paling aku tak suka....)kalau tak silap dalam 7.15 kot huhu..apa lagi terus mandi dan bersiap-siap untuk pergi..ke tempat practical......sebenarnya..semalam entah apa mimpi Rakuten and the gengs datang lagi ke BJ...Kulim tue jauh noksss...so sebagai penjaga area...(mati ler kena carut lepas neeee)kena menyambut ler Diva-diva kulim yang tak begitu di kenali ne....so seperti biasa kedai Mamaks gak tempat melepaks katakan...cuma malam semalam..ada seorang lagi yang tak ku kenali bersama-sama dengan mereka....wow..not bad person..taste I..wakakkaka..mati ler kena carut memanjang lepas ne....hehehehe.so kami semua pe lepak kat umah org tue kat Bj court......sampai jam 1.00 pagi kot baru ler Diva-diva tue rasa nak balik kulim katanya....dan aku juga balik......kekadang bila lepak dengan diva-diva ne rasa seronok kan...takpe aku just memperhatikan mereka.....x scandal aku tue bukan main lagi dengan org yang aku tak kenali tadi....waaaaa baru ku tahu siapa sebenarnya ko erksss..(zahied ampun maaf...bukan nak mencarut k..saja nak mengheppeningkan blog aku heheheheh)ok.aku tak nak cerita pasa tuee semua....sebenarnya petang semalam..aku mengajak Dier(sendiri mo faham)untuk berbuka katakan..aku janjikan dalam jam 19.00...uolls tahu jan berapa dier sampai?Jam 20.30 noksss tanpa memberitahu aku terlebih awal....so aku naik angin ler huhu.....tapi aku teruskan niat jugalah nak keluar dengan dier....semasa dinner tue aku memang tiada mood nak cakap dengan dier...entah mengapa sejak akhir-akhir ne aku malas nak ambil tahu mengenai dier....so sengaja memecah kesunyian..aku tanya dier..napa datang lambat..dier kata tadi dier berbuka dengan roomate..katanya dengan selamba.....aku melihat wajahnya..aku rasa kasihan kerana aku selalu membuat dier serba salah...aku masih teringat akan salah satu mesejnya sebelum ne...nak tahu ker?
"Aku memang menyayangi mu tetapi saya tak tahu gimana untuk meluahkannya..apatah lagi aku memang sibuk dengan tesis ku tahun ne"aku terkedu seketika apabila membaca mesejnya tempoh hari.....dan aku pulak serba salah.....dalam diam aku menantikan reaksinya malam itu.....sehingga aku memperolehi kekuatan untuk mengatakan sesuatu hal yang sukar bagi aku...."Dong(nama manjanya)untuk waktu ne...ada baiknya kita jangan berjumpa lagi..aku tak nak kerana aku..tesis ko tak siap....(saja alasan yang kukuh aku fikir)dan ketika itu hanya Tuhan yang tahu gimana aku mengawal perasaan aku....aku tak sedar...aku menitiskan air mata...kali kedua hanya kerana seorang...............(uolls faham ler sendiri ok)
Aku dapat merasakan reaksinya ketika aku mengungkapakan kata-kata itu..namun aku faham sangat dengan sikapnya yang suka menyembunyikan perasaanya.....akhirnya dier sendiri yang tak nak aku berbuat demikian......alasannya cukup mudah....dier akan selalu memperhatikan aku...dalam semua hal.....walau dier se sibuk manapun dier akan meluangkan masa untuk aku.......aku bermain dengan perasaan ker..atau aku sedang di permainkan dengan perasaan?Help me God.....so kami berkesudahan di situ...dier hantar aku balik..dan malam tue aku memang moody....nasib baik Rakuten and the gangs datang ke BJ..so aku ada masa juga untuk bersama-sama dengan mereka...thanks....
Hal kedua..................
Aku tak tahu tetiba..my x...berYm dengan aku semalam....aku tak nak ceritakan secara terperinci mengenai dier...cukup lah....aku belajar banyak dari dier..bahkan mematangkan aku dalam dunia ini.....nak di jadikan cerita..biasa ler dah lama tak berYM..bertelefon dan sebagainya....aku tak tahu camna nak start...apa yang pasti dier mengimbau kambali kenangan lalu...of coz...aku terluka pada ketika itu tetapi aku teruskan hidup ini..sehingga aku mampu untuk menghadapi hari ini..tanpa dier..di sisi ku...so...dier katakan dier dah clash ngan mamat satu ne..so apa yang aku boleh buat?Non Ado!
Aku memang menyayangi dier ketika itu..bahkan selama setahun aku menunggu..kalau2 dier nak kembali dengan aku...namun selepas setahun aku tak mendapar respon dari dier..so aku mengambil keputusan untuk melupakan dier dalam hidup aku...aku tak ingin hal ini berlaku..jauh sekali untuk hidup bersendirian..mungkin Tuhan sengaja menguji aku..dalam hidup ini..Enup To say......
Hal Ketiga.....
Hari ne atmosphera kat tempat practical..berubah sama sekali...mr Naga yang aku dok kutuk sebelum ne...berubah dalam sekelip mata sahaja..orang tua tue dah mula menunjukan penghargaannya terhadap kerja ku..dan sebagainya..dengar citer..dier di panggil oleh Manager departmen....selepas perang dingin tempoh hari...ok lah guyz..aku nak tidor..apa2 hal kita citer lain kali ok......muaksss
BesT regards
Calvinburns

Sunday, 31 August 2008

Merdeka/Fasting...

Thanks God...aku ada masa untuk..mengupdatekan blog hari ne..almaklum ler weekend...aku saja tak turun keja hari ne..walhal masih banyak keja yang perlu di lakukan..biarler..ne waktu aku nak rehat...rehat dari segala-galanya..bab-bab pasal keja ne.letak tepi dulu..esok fikir semula....owh ya..untuk semua pengunjung..selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51....(sebenarnya yang ke 45)2008..semoga apa yang dikecapi masa ini akan berterusan...mari lah kita bersama-sama mengreflectkan diri kita masing-masing..apa yang telah kita sumbangkan pada negara dalam usia kita ini.....Lihat sahaja negara-negara lain yang sering berlaku kekacauan syukur perkara itu tidak berlaku di Malaysia.....ok bukan tue yang aku nak cerita uolls......
Ermm bulan ne sahaja aku banyak menlis dalam blog ini..perihal kehidupan aku sehariaan..hubungan aku dengan Dia dan sebagainya...thanks ya pada sesiapa yang mengunjungi blog ini..semoga dalam masa-masa akan datang..aku berkesempatan untuk mencoret sebahagian lagi dari hidup aku dalam blog ini..owh ya sebelum terlambat dan terlupakan...for all my muslm friends..selamat menyambut Bulan Ramadhan Almubarak..semoga segala amal kita di berkati..jgn lupa esok first day ok..jgn ponteng hehhe...
Sedikit mengenai Dia..sejak kebelakangan ini..aku jarang dapat bertemu dengannya..entahlah aku pun takde idea nak cakap apa...so biar dier yang tentukan halatuju hubungan kami.....
(see my myspace..profile...www.myspace.com/liposu)

Thursday, 21 August 2008

Alpa(UPDATE)

Hello guyz...bersua kembali..sebenarnya tiada isu yang aku nak kongsikan dengan u`olls semua..saja nak buka blog gituu..
Hari ne rasa macam penat sekali..(memang pun penat!lol)bertungkuslumus menyiapkan assembly kat simpel shop tadi..syukur dapat juga habiskan semua part2 yang perlu di pasang....kekadang aku naik bengang ngan dua lagi member yang buat assembly 2...asyik mengular jer kerjanya....kang aku buang korunk kat laut baru tahu huhu....yg menambahkan tension aku pasal project leader utuk new project ne..asyik2 nak menyalahkan org lain...aku bengang betul ler ngan project leader ne....tak lama lagi tangan ne naik kot....pigsssssssssss....tul
taknak ler cerita pasal dier ne meluat sangat u`olls....baik aku cerita pasal...seorang new friend ne....masa aku pe bfast tadi aku jumpa ler budak ne....dier senyum kat aku..aku balas ler senyuman dier 2...dia kacak u`olls....tinggi lagi..ala-ala pelakon gitu..taste i(matilah kena carut)so masa bfast aku ajak ler dier duduk sekali ngan aku..semeja katakan...so borak punya borak..tetiba dia tanya aku...
Ko dah kahwin ker belum?motif dia tanya aku soalan 2?rasa nak terhambur bee hon yang aku sedang makan..bila dier bagi solan bonus......dengan selamba aku jawab ler....mcmana nak kahwin..stdy pun belum habis....aku saja tak nak dier kecewa kalau aku tak jawab lak...dia gelak semcm...dier kata dier pun belum kahwin......aku yang gelabah seketika....mejka sebelah kami duduk 2 my senior enginner...malu gak kena tanya soalan mcm 2 kan..so aku cepat2 habiskan bee hon dan meninggalkan dier......
Hari ne memang bz....aku balik tadi pun daj jam 21.00 aku terus basuh kain dan mandi..aku dah janji ngan member satu ne....Zery untuk berYM sama-sama..note book lak yang buat hal..babi punya note book.....in the end..berjaya gak aku online hehehhehe..ingat dah boleh tidur tapi ada sesutu yang bermain-mian di kepala ku.....
Tadi ketika aku online dalam G4M aku terbaca satu thread...aku tetiba rasa sebak..hampir menangis apabila membaca thread 2..disini aku ingin kongsikan u`olls dengan apa yang aku baca tadi...
july 19, 2008The IntroductionFiled under: Uncategorized — Itu Aku @ 12:22 pm Bermulanya di sini…Tanggal 17 Julai 2008 akan menjadi 1 tarikh keramat yang takkan aku lupakan sampai mati.Sungguh demi Tuhan, sehingga saat ini aku masih belum menerima hakikat akan apa yang telah berlaku pada diri aku. Aku masih berasa di alam mimpi ngeri yang pasti tiada siapa ingin menjadi begitu.Aku simpati pada diri aku sendiri. Bila aku melihat wajah aku di cermin, aku dapat melihat seolah-oleh bayangan maut diriku sendiri yang pasti akan terbujur kaku tanpa aku mengetahui tarikh dan hari sebenarnya.Kisah ngeri episod baru dalam hidup aku ni bermula pada minggu lpas. Ntah macam mana aku tergerakkan hati untuk membuat Blood Test di makmal yang mana salah seorang kenalan baik aku bekerja kat situ.15 Julai – malam, dia datang ke rumah untuk mendapatkan sample darah aku. Waktu tu memang aku rasakan tidak ade something wrong yang wujud. Aku masih mampu bergelak ketawa dengan dia. Aku yakin pada waktu tu aku masih bersih. Walaupun golongan macam aku ni amat berisiko tinggi untuk memperoleh penyakit tersebut, tapi aku yakin bahawa Tuhan takkan turunkan bala sedemikian pada diri aku. Aku yakin sesangat…2 hari menunggu keputusan makmal, aku mula berasa tidak sedap hati. Aku contact membe aku tu untuk mendapatkan kepastian. Nah dia seolah-olah suruh aku bersabar dan dia datang ke rumah aku pada malam 17 Julai untuk menyerahkan sendiri report blood test tu.Aku tengok muka dia serious semacam. Walaupun aku cuba buat lawak dengan dia, dia tetap serious….then aku baca report tu satu persatu……..Then bila aku dah abis baca, aku tanya dia semula…..“Aku sihat kan Kairil?”Sepi sekejap..kemudian, membe aku tu tengok muka aku. Dia suruh aku baca lagi sekali report tu.Aku confuse,..aku tak faham wording REACTIVE tu………..then aku tanya Kairil semula,“HIV Reactive means aku ade HIV ke Kairil?” aku tanya dia lagi…untuk mendapatkan kepastian.Aku tgk Kairil, muka dia memang serious. Kemudian dia menerangkan satu persatu keputusan blood test tu. Aku cuba yakinkan diri aku bahawa saat tu aku sedang bermimpi………umpama mimpi di dalam mimpi. Tapi………….Antara percaya atau t idak…..Aku terdiam selepas Kairil “berceramah” pasal report tu. I was speechless at that time. Tapi aku berkali kali mengatakan bahawa result yang dia buat tu ade error…tapi dia tetap menyarankan agar aku mendapatkan further check up untuk mendapatkan pengesahan.Entah kenapa saat tu aku masih belum boleh terima apa yang berlaku, disebabkan tu jugak aku masih belum bersikap emosional sangat. Mungkin sesetengah orang akan menjerit kegilaan tatkala mendapat tahu musibah yang akan melanda diri mereka..tapi tidak bagi aku pada masa tu.Aku bercadang untuk ke panel klinik company malam tu jugak untuk mendapatkan advise dari doctor sendiri. Dengan segera aku ke sana sambil di temani Kairil.Sepanjang perjalanan, hati aku dah mula berdebar. Kairil pun diam je bila dalam kereta. Tapi dia tetap memperkuatkan semangat aku utk ke sana.Sesampai di klinik, doctor masih ade menunggu pesakit. Dalam keadaan jantung aku yang berdebar-debar, aku serahkan report blood test pada doctor tu.Reaksi dia? – erm…kenapa tangan dia tetiba bergetar?Aku gabra…aku rasa darah aku dah naik ke kepala time dia tgk muka aku…dia tanya umur dan latar belakang aku…nak tak nak aku terpaksa jugak la bagitau…….Kemudian dia menerangkan satu persatu tentang result blood test tu dan masih ada kemungkinan bahawa keputusan tersebut boleh disangkal (aku tak tau samada ayat2 dia hanya untuk menenangkan perasaan aku atau sebaliknya)…Doctor tu menyarankan aku untuk berjumpa dengan doctor pakar di General Hospital…walaupun aku sepatutnya refer pada panel hospital iaitu Hospital Penawar atau Johor Specialist, tetapi sejauh mana tahap confidential kes aku ni masih boleh dipertikaikan….kes aku ni sewajarnya dirujuk kepada pihak yang betul2 bole menjaga privacy aku dan bukannya melalui HR tempat aku bekerja….Aku terima dan bersetuju dengan apa yang doctor sarankan pada aku……..keesokan harinya aku nekad untuk ke GH……Malam tu aku dah mula resah…tak bole tidur…lantas aku sms officemate aku untuk menumpang tidor di rumah dia………Musnah sudah segalanya…..18 Julai 2008 – aku memohon cuti semata-mata utk further check up di Hospital Sultanah Aminah. Debaran kat dada dah makin memuncak. Semasa berbaris di kaunter, aku lihat pelbagai rupa manusia yang berpenyakit, termasuk yang berbalut di kaki, di tangan, di kepala…dan jugak muka2 yang lemah gemalai tanda demam panas atau sebagainya. Tapi aku cukup sempurna ..bentuk badan aku masih menunjukkan aku masih gagah….aku masih kuat…………..aku lah antara pesakit paling tak sakit pada masa tu………….!!!!Giliran aku untuk mendapatkan doctor dah tiba. Perlahan aku menyerahkan report blood test semalam pada doctor tu….Dia memandang aku dengan sayu..aku plak tak mampu nak tengok muka dia..aku hanya mampu berpaling ke lantai………“Macam mana u dapat penyakit ni?” doctor wanita India tu mula menyoal…….aku diam..aku tak mampu nak cakap apa2……Aku malu sangat masa tu….muka aku setebal dinding bata dah……tp nasib baik doctor tu masih cool dan dia suruh aku amik Rapid Blood Test kt bilik sebelah………Aku perlahan-lahan keluar…aku rasa memang aku positively HIV infected! Aku rasa mcm nak balik time tu…aku takut….kemudian aku sms Kairil dan bgtau dia yang aku tak sanggup nak further check up………..“Alang-alang ko dah datang sana, baik ko teruskan..at least ko berusaha”…itulah jawapan kairil yang membuatkan aku jadi gagah semula….Aku ke kaunter darah. Jelas pada kad kesihatan aku tu ade ditulis perkataan HIV…dan aku dapat lihat semua nurse kt situ mula pikir sesuatu pasal aku………aku nampak diorg dah mula mencari glove & jarum yang sesuai, dedicated utk pesakit HIV untuk mengelakkan sebarang jangkitan!!!!!!!!!!!Hanya Tuhan je yang tau perasaan masa tu……..air mata aku dah bergenang…tp aku cepat cepat lap..……….aku tak mampu melihat muka nurse kt situ satu persatu..aku just ikut apa aje yg diorg suruh…Lebih kurang 15 minit selepas darah aku di ambil, aku di panggil untuk kembali ke bilik doctor tadi. Nurse kt situ menyerahkan kad pesakit untuk aku berjumpa semula dgn doktor, dan ……pada kad tu ade tertulis HIV REACTIVE-hasil dari Rapid Test yang aku buat sebentar tadi. Aku mengucap panjang, sangkaan tentang error dalam earlier test yg member aku buat tu mmg totally salah…….screening ke 3 sah mengatakan aku mmg ade HIV!!!!!!!!Hati aku menangis time tu……………&#8 230;…………pada doctor aku ceritakan segalanya…tentang bagaimana aku berkemungkinan mendapat virus tu…pada mulanya doctor suspect aku buat hubungan seks dgn pelacur atau suntikan dadah……tp bila aku kata yang aku homoseksual..dia agak terkejut………..mungkin dia tak sangka dengan cara aku str8 acting, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang aku ni gay.Dia jelaskan serba sedikit tentang apa yang perlu aku buat…sample darah aku di ambil lagi untuk detail analysis dan temujanji seterusnya di buat pada 15 August 2008….pada hari tersebut mereka akan mendapat laporan penuh tentang latar belakang virus yang ada dalam badan aku ni…dan juga bentuk medication yang perlu aku ambil untuk melawan virus yang ada……………&# 8230;Sebelum keluar dari bilik doctor, aku sempat menanyakan pada dia…..“Memang confirm ke HIV ada dalam badan saya doctor?”Dia jawab…………99% YESOh Tuhan….Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku menangis sepuas dalam kereta……..bayangan mak abah, family & kengkawan silih berganti…Bayangan silam tentang aktiviti-aktiviti keji dan terkutuk pernah aku lakukan sebelum itu juga silih berganti di dalam fikiran aku….Sesampai di rumah…..aku meraung sepuas hati.aku tatap gambar mak, abah dan kakak aku………aku menangis lagi……………& #8230;…..aku meraung…………&#823 0;.air mata aku berlinangan…………& #8230;…….Saat tu aku rasa lemah sangat…..aku lah manusia paling hina rasanyaAku dapat rasakan setiap denyutan nadi aku ni adalah di jana dari racun HIV yang ade dalam darah aku…….aku rasa tubuh badan yang nampak sihat ini adalah palsu semata-mata..Kulit2 yang elok ni pasti akan hancur tak lama lagi……..Aku tak tau berapa lama lagi aku akan hidup sihat……….tapi yang aku rasa, dalam 5-10 tahun lagi aku pasti akan mengalami complication tertentu..yang mana virus ni dah mula membiak…….Aku pasti………aku pasti sangat yang ajal aku semakin hampir..Ya Allah……aku menangis sepuas puasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…&#8
nak tahu selanjutnya?jom masuk site ne
berilah dorongan padanya....
huhu...

Wednesday, 13 August 2008

Bz..

Hello guys..sorry sekali lagi k..blog ne tak dapat di updatekan selalu...start minggu ne dah jadi bz....tapi masih mampu untuk bernafas lah hehhehe..start minggu depan lagi ler teruk keja start jam 7.30 pagi sampai 20.15...ada kerja yang perlu untuk di siapkan...so bayangkan bagaimana bz nya aku kan hehhee btw kalau nak tahu cerita pasal lifa aku masa ne...aku mcm biasa jer..org tersayang dah makin sayang kat aku wakakakka aku jer yg kekadang over..sorry dear..jgn marah k...minggu ne lagi ler dia bz..aunty dia dari Jb nak datang untuk konvo so memang dia takde masa untuk aku..huhu memang aku sedih ler tapi bukan semua kita ler kawal kan hehehheh btw..u`olls apa cite?hehehheh

Thursday, 7 August 2008

Lapar....

Alamak..rasa lapar lak di tengah malam.....kehidupan sebagai pelajar ne tidak lari dari kes bersengkang mata sampai ke pagi..walaupun ada class pada keesokannya...tak kisah ler samaada study ker,buat assignment ntah apa jadahnya atau dok merapuh.akan di alami oleh setiap pelajar khususnya di IPT ..2 lah yg dinamakan Campus life..tak lengkaplah masa bersengkang mata tanpa sedikit makanan atau apa omputih kata"Last supper"hehhe..berbalik kepada topic di atas....sebenarnya balik jer dari tempat practical tadi saya makan maggie.alah malas nak masak katakan...lapar 2 lapar gak coz masa lunch saya tak pe....budget nak on diet wakakkak lagipun saja nak lewat pe rest..nak tunggu mat salleh 2 pe rest sekali(motif nak rehat ngan mat salleh?class ke u`olls?)nak sembang ngan mat salleh hehhe..hensem giler siot wakakakak..nak di jadikan cerita..selepas makan maggi..rasa ngantuk lak..biasa ler baru balik dari tempat practical kan...so rehat ler jap....sempat bermsg dengan org tersayang(sendiri mo faham)...rehat punya rehat...jam 10.30 myLover(wah..matilah kena carut)sent msg.."syg kat mana ne?watpe?"lebih kurang mcm 2 ler hehehe saya pun balaslah ler malangnya credit lak tiada..gelabah seketika hehhe...so no option kecuali on laptop..sent msg guna brodband...so settel kat situ..saya suruh dia calling aku gitu hehheh...lepas 2 ler baru terasa nak makan huhu..apalagi pe lah masak..sial punya kuali..panas..kena jari-jemari ku yang halus ne..(halus sangat ker?)makan dengan hot sosej(kang aku kata hot dog,korunk cakap anjing panas)ngan telur dadar hehhe..kenyang walau makan sedikit..ne tengah on relationship ne kena jaga makan minum wakakakka...ermm dalam menunggu mata ne terlelap...sempat juga menghimbau perubahan positif myLover...kalau sebelum ne jarang sekali menunjukan perasaannya terhadap aku(perlu ker?Harus)namun masa ini belainan sekali..saya tahu ler coz saya yg mengalami kan..minta semuanya berjalan dengan baik....ok guyz..good nite huhu

Sunday, 3 August 2008

my life..part 3

Whassup bro...just want to make conclusion regarding my post before....tujuan utama saya mengSharingkan pengalaman hidup itu bukan lah bertujuan untuk membuka pekung di dada tapi setakat untuk menjadi teladan....so hargai hidup anda

Sunday, 27 July 2008

My Life Part 2

Whassup..bertemu kembali....saya nak habiskan cepat part my life ne hehhhe..sepertimana yang saya kongsikan dengan u`olls semua sebelum ne....itulah dunia masa kecil ku...tiada siapa yang memperdulikan kewujudan saya sebenarnya...kecuali yang saya nyatakan pada posting pertama saya..mungkin mereka tidak mengalu-alukan kewujudan saya ke dunia..pasrah...ayah saya seorang yang punya keinginan untuk memiliki anak perempuan..malangnya saya lahir sebagai seorang lelaki..dan bertindak meninggalkan saya dengan ibu ku..pada usia belum menjangkau setahun...apakah saya kecewa apabila mengetahui kebenarannya?ya saya kecewa sekali namun dapat memaafkannya kerana dia tetap ayah saya..jahat buruk dia..saya tak dapat mengubah bahawa saya adalah darah dagingnya.....dan bermulalah penderitaan yang tak di jangka-jangka....menjadi seorang anak yang kekurangan kasih sayang merupakan satu hal yang sukar untuk di tanggapi..peribadi mana yang mahu melihat keluarganya berantakan?saya juga ngakk mahu perkara itu terjadi..namun kerana keegoaan manusia itu sendiri..perkara itu terjadi....ibu telah banyak menanggung beban dan juga penderitaan......selepas 7 tahun ayah saya kembali merujuk..oleh kerana ibu saya melihat itu penting bagi saya ..dan dia bersetuju..untuk merujuk kembali walau luka lama masih berdarah tetapi untuk saya dia sanggup melakukan perkara itu...saya sangkakan cerah sepanjang hari tetiba hujan di tengahari...kami tidak dapat lama mengekalkan perhubungan mereka sebagai satu keluarga...dengan kelahiran adik saya pada tahun 1990..yg juga seorang lelaki...menjadi penyebab utama ayah saya meninggalkan ibu untuk kali kedua..sekaligus keluarga saya berpecah kali kedua,,,hati siapa yang tak sakit apabila melihat keadaan itu.........ibu sekali lagi bersusah payah untuk membesarkan adik saya.....pernah sekali saya berjumpa ayah saya pada waktu itu saya berumur 8 tahun...kerana ingin meminta se tin susu dutch lady untuk adik saya...ayah sanggup menghumban tin itu kepada saya...nasib baik hanya kena di kaki saya bkan kepala....ermm saya memang degil pada waktu kecil ku...suka memberontak...mungkin itu experasi dari apa yang saya alami pada ketika itu......kini 17 tahun sudah berlalu....kenangan itu sentiasa segar dalam ingatan saya...berjuang untuk hidup dalam ketidak tentuan......ibu ku telah pun di panggil Tuhan pada tahun 2007..semoga penderitaan mu berakhir di situ dan aman dalam persemadian...Rest in peace...

is My Life..part 1

Shallom....ntah apa yg terjadi dengan saya malam ne ada extra energy untuk menulis dalam blog ini...mungkin kerana rasa sunyi dan juga keinginan untuk meluahkan sesuatu untuk di kongsikan?Pernahkah u`olls mengalami rasa kecewa yg sangat mendalam?atau keadaan-keadaan yang membuatkan kita rasa hilang pertimbangan atau rasa jatuh cinta?Atau apapun yang melibatkan perasaan..mungkin u`olls tahu dengan statement ini"Bermain dengan perasaan"ya bermain dengan perasaan..kita seringkali berhadapan dengan situasi ini dalam hidup kita...dan saya percaya melalui permainan ini kita akan menemui samaada kekecewaan ataupun kegembiraan..ya kecewa kerana kita kalah dalam permainan dan kita gembira kerana kita dapat memenangi permainan tersebut..dalam hidup saya, saya boleh menyatakan bahawa saya sering kali gagal dalam permainan ini...muda sangat untuk tewas dalam permainan ini....mungkin itu takdir saya atau mungkin saya tidak cukup kuat untuk menghadapi semua itu..dalam berberapa waktu ini saya mengenali seorang sahabat baru dalam friendster....dan berkesempatan untuk membaca blognya..saya perhatikan bahawa sahabat ini seorang yang optimis dalam hidupnya...dan mugkin apa yang di kecapinya masa ini adalah daripada kemenangannya dalam permainan yang saya sebutkan di atas...dan secara peribadi saya di berkati dengan apa yang dia kongsikan dalam blognya itu..i will put ur blog site in my links Jeff hehheehhe..hope u will accept it heheh...berbalik kepada persoalan tadi...ingin saya kongsikan dengan apa yang terjadi dalam hidup saya secara peribadi mungkin sebelum ini saya pernah posting perkara yang sama tapi tak salahkan....i am consider my self unfortunely person dan di sebalik itu saya bersyukur kerana melalui itu saya belajar bagaimana untuk hidup dalam atmosphera yang semakin Tua ini..dimana kejujuran dan kebaikan hati tidak lagi menjadi asas kehidupan manusia...sejak kecil lagi saya merasa memang saya seorang yang kurang bernasib baik bukan sahaja dari segi kekeluargaan(family matter) juga dari segi kesempurnaan hidup....berjalan kaki ke sekolah rendah sejauh 1 kilometer saban hari,menaiki 4 whell drive tanpa safety untuk ke sekolah ... berbanding dengan org lain yang di hantar oleh ayah mereka menaiki kereta dan sebagainya...berkerja sebagai buruh paksa mengangkat papan dengan upah rm 0.50 sekeping...merupakan sebahagian dari warna kehidupan saya...namun dua hal yang saya sangat bersyukur..pertama...saya mengenal siapa Tuhan dalam waktu kecil ku dan juga kasih seorang nenek yang sangat mengasihi aku...kekadang ada hal yang indah di dalam kita mengalami sesuatu kekalahan dalam permaian ini....usia saya dalam 7 tahun saya mula mengenali Tuhan dalam hidup saya..apa itu kasih,apa itu dosa dan sebagainya...ya saya bersyukur dalam hal itu kerana saya percaya kalau bukan Tuhan tidak mungkin saya akan hidup sehingga masa ini sekadar meminjam kata-kata jeff..hidup ini hanya di pinjamkan oleh Tuhan..dan saya bersetuju dengan dia,,,,lets face it in reality...kedua my grandma...thanks grandma..u teach me how to survive,with u love,passion u make me pround on you...thanks to my auntie juga yang menjadi second mother saya hehhehe even though auntie dah memeluk agama Islam..aya tiada masalah langsung dengan perkara itu..myb itu destiny auntie dalam hidup kan...membesar dalam keluarga yang berantakan bukanlah sesuatu perkara yang indah dan sering kali bermain dengan perasaan...melihat kesengsaraan di suatu pihak kerana masalah ini...guys dont make wrong at me k..saya bukan membuka pekung di dada cuma saya mahu mengonsikan tentang hidup saya agar u`ols lebih mensyukuri hidup u`olls...and in the end saya tetap bersyukur dengan hidup saya...ermm seem sleeply already i will continue my life part 2 soon.....God bless you...

Kesudahan......

Akhirnya,,,,,saya menyedari bahawa saya sedang bermain dengan perasaan...di satu pihak sangat menyintai dia bahkan lebih dari segalanya namun di pihak satu lagi diam seribu bahasa..come on guys..let be honest....ntah seribu alasan yg di berikan..of course kita faham tetapi kebenaran akan nyata juga...ohw man..so stress...mengapa perkara ini perlu terjadi?apa,saya tidak melakukan yang terbaik untukmu?or segala yang awak lakukan hanyalah lakonan semata-mata atau saya yang terlalu mendesak?who know?ntah nak cakap apa lagi no idea....apapun hopefuly our relationship will be well...coz i love you so much...

Thursday, 24 July 2008

Dekat tapi jauh...

Entah mengapa malam ini tiba-tiba punya keinginan untuk menulis..apakah ini di dorong oleh apa yang terjadi dalam hidup saya sehariaan, dalam berberapa waktu ini?ermm sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata namun demikian saya tidak mungkin akan berpaling arah jauh sekali untuk menyerah kalah......hari ini saya masih berusaha untuk menyiapkan tugasan untuk test spect produk perodua...nampaknya sampai minggu depan juga lah keja ne baru akan siap....stress sangat huhu.....dah lah stress tyme balik keja pulak sesak....kereta berbaris....panjang sangat..stuck kat jalan huhu tambah pening lagi......apapun biarlah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.....
bercerita sedikit mengenai kisah peribadi..(chewaaaa)ermmm sangat complicated untuk mengonsikannya apa yang mampu saya katakan ialah dekat tapi jauh.....dalam kita menyintai sesorang memerlukan pengorbanan..bukan sahaja dengan tindakan kita tetapi kekadang kita akan bermain dengan perasaan...kalau sebelum ini saya pernah mengalami Long distance relationship....tetapi saat ini...org yang kita sayangi itu sangat dekat dengan kita...namun mengapa Dekat tapi jauh?kita sekali lagi di perhadapkan dengan soalan ini...........come on guys.....tidak berniat untuk menyinggung sesiapa tetapi inilah situasinya.....so berserah je lah...

Thursday, 29 May 2008

Never Give Up

Masa menunjukan 2.33 pagi..ntah mengapa mata ini sukar untuk terlelap..ntah apa yang difikirkan sehingga malam ini sukar untuk tidur/...apakah saya sedang memikirkan kenangan lalu yang perit dan sukar untuk dimengerti?atau apakah saya risau tentang penempatan Intra untuk sem depan atau sedang memikirkan sesorang yang nun jauh disana...aku sendiri tidak faham mengapa banyak sekali masalah and pergumulan terjadi dalam hidup saya secara peribadi..ntah apakan terjadi hari esok..siapa akan tahu..manusia hanya merancang Tuhan yang menentukan..bulan ini benar-benar membawa kesan dalam hidup saya..apabila 3 insan yang pernah bertaktha dalam hati saya menghubungi saya dan bertanya khabar..ya..seorang dari sarawak..seorang dari sabah dan seorang lagi dari Kuala Lumpur..erm saya tergamam seketika ketika menyambut telefon mereka..seakan tidak percaya apabila menyambut telefon si dia.....kenangan indah bersama si dia terungkai semula....aku hampir hanyut dibuai kenangan bersama si dia...namun aku pasrah akan ketentuan takdir..bukan semua perkara dapat diatasi dan dimengerti oleh insan yang bernama manusia..namun demikian saya sangat bersyukur kerana dalam usia yang begitu mudah saya dapat belajar untuk lebih matang lagi dalam menghadapi hidup ini.
Ya hidup ini perlu diteruskan..apapun masalah atau pergumulan..aku perlu teruskan hidup ini..seperti perpatah mengatakan lifes must go on..never give up....mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan aku sempurna dalam perhubungan tetapi sebagai manuisa biasa aku juga ingin dihargai,difahami...tetapi bukan semua dapat mengerti akan perkara tersebut...ada banyak pengalaman yang saya lalui..manusia seringkali melihat pada zahirnya dan bukan secara pandangan dari hati ke hati..manusia lupa bahawa manusia itu sendiri tidak sempurna..tapi mengapa mereka mencari kesempurnaan?pada zahirnya mereka sendiri tidak sempurna.....owh aku terlupa....mungkin kah mereka ini golongan istimewa yang perlu untuk di mengerti?ya kenapa tidak masuk sahaja ke pusat orang2 istimewa hehheeh.....ya biarkan mereka..ada masa nya mereka akan tersedar bahawa mereka mensia-siakan org yang sangat menyayangi mereka......mereka sebenarnya sedang bermain-main dengan perasaan org lain...ermm just let it be...
Wow dalam minggu ini juga ada rasa gembira sedikit....ya minggu lalu sangat sibuk sekali..ada kursus di langkawi..ada campus open day..ada latihan kursus siswa...ya sangat cepek..sekali..tambahan pulak ada kawan baru dari singapore...ermm very nice person..funny...i thing very sporting person...senang diajak untuk berbual-bual..ya dia sangat baik...namun demikain satakat ini hanya sebagai kawan..tidak lebih dari itu..kerana dia sedang dalalm proses untuk bersama dengan seorang insan yang benar2 bertuah...wah kalau aku yang dapat dahulu kan best hehehhe boleh berulang-alik ke singapore hhehehehhe..klah friends..mata dah kuyuh..tetiba rasa ngantuk pulak....ok guys..Never Give UP k..Life Must Be go On...