Sunday 27 July 2008

My Life Part 2

Whassup..bertemu kembali....saya nak habiskan cepat part my life ne hehhhe..sepertimana yang saya kongsikan dengan u`olls semua sebelum ne....itulah dunia masa kecil ku...tiada siapa yang memperdulikan kewujudan saya sebenarnya...kecuali yang saya nyatakan pada posting pertama saya..mungkin mereka tidak mengalu-alukan kewujudan saya ke dunia..pasrah...ayah saya seorang yang punya keinginan untuk memiliki anak perempuan..malangnya saya lahir sebagai seorang lelaki..dan bertindak meninggalkan saya dengan ibu ku..pada usia belum menjangkau setahun...apakah saya kecewa apabila mengetahui kebenarannya?ya saya kecewa sekali namun dapat memaafkannya kerana dia tetap ayah saya..jahat buruk dia..saya tak dapat mengubah bahawa saya adalah darah dagingnya.....dan bermulalah penderitaan yang tak di jangka-jangka....menjadi seorang anak yang kekurangan kasih sayang merupakan satu hal yang sukar untuk di tanggapi..peribadi mana yang mahu melihat keluarganya berantakan?saya juga ngakk mahu perkara itu terjadi..namun kerana keegoaan manusia itu sendiri..perkara itu terjadi....ibu telah banyak menanggung beban dan juga penderitaan......selepas 7 tahun ayah saya kembali merujuk..oleh kerana ibu saya melihat itu penting bagi saya ..dan dia bersetuju..untuk merujuk kembali walau luka lama masih berdarah tetapi untuk saya dia sanggup melakukan perkara itu...saya sangkakan cerah sepanjang hari tetiba hujan di tengahari...kami tidak dapat lama mengekalkan perhubungan mereka sebagai satu keluarga...dengan kelahiran adik saya pada tahun 1990..yg juga seorang lelaki...menjadi penyebab utama ayah saya meninggalkan ibu untuk kali kedua..sekaligus keluarga saya berpecah kali kedua,,,hati siapa yang tak sakit apabila melihat keadaan itu.........ibu sekali lagi bersusah payah untuk membesarkan adik saya.....pernah sekali saya berjumpa ayah saya pada waktu itu saya berumur 8 tahun...kerana ingin meminta se tin susu dutch lady untuk adik saya...ayah sanggup menghumban tin itu kepada saya...nasib baik hanya kena di kaki saya bkan kepala....ermm saya memang degil pada waktu kecil ku...suka memberontak...mungkin itu experasi dari apa yang saya alami pada ketika itu......kini 17 tahun sudah berlalu....kenangan itu sentiasa segar dalam ingatan saya...berjuang untuk hidup dalam ketidak tentuan......ibu ku telah pun di panggil Tuhan pada tahun 2007..semoga penderitaan mu berakhir di situ dan aman dalam persemadian...Rest in peace...

No comments: