Thursday 21 August 2008

Alpa(UPDATE)

Hello guyz...bersua kembali..sebenarnya tiada isu yang aku nak kongsikan dengan u`olls semua..saja nak buka blog gituu..
Hari ne rasa macam penat sekali..(memang pun penat!lol)bertungkuslumus menyiapkan assembly kat simpel shop tadi..syukur dapat juga habiskan semua part2 yang perlu di pasang....kekadang aku naik bengang ngan dua lagi member yang buat assembly 2...asyik mengular jer kerjanya....kang aku buang korunk kat laut baru tahu huhu....yg menambahkan tension aku pasal project leader utuk new project ne..asyik2 nak menyalahkan org lain...aku bengang betul ler ngan project leader ne....tak lama lagi tangan ne naik kot....pigsssssssssss....tul
taknak ler cerita pasal dier ne meluat sangat u`olls....baik aku cerita pasal...seorang new friend ne....masa aku pe bfast tadi aku jumpa ler budak ne....dier senyum kat aku..aku balas ler senyuman dier 2...dia kacak u`olls....tinggi lagi..ala-ala pelakon gitu..taste i(matilah kena carut)so masa bfast aku ajak ler dier duduk sekali ngan aku..semeja katakan...so borak punya borak..tetiba dia tanya aku...
Ko dah kahwin ker belum?motif dia tanya aku soalan 2?rasa nak terhambur bee hon yang aku sedang makan..bila dier bagi solan bonus......dengan selamba aku jawab ler....mcmana nak kahwin..stdy pun belum habis....aku saja tak nak dier kecewa kalau aku tak jawab lak...dia gelak semcm...dier kata dier pun belum kahwin......aku yang gelabah seketika....mejka sebelah kami duduk 2 my senior enginner...malu gak kena tanya soalan mcm 2 kan..so aku cepat2 habiskan bee hon dan meninggalkan dier......
Hari ne memang bz....aku balik tadi pun daj jam 21.00 aku terus basuh kain dan mandi..aku dah janji ngan member satu ne....Zery untuk berYM sama-sama..note book lak yang buat hal..babi punya note book.....in the end..berjaya gak aku online hehehhehe..ingat dah boleh tidur tapi ada sesutu yang bermain-mian di kepala ku.....
Tadi ketika aku online dalam G4M aku terbaca satu thread...aku tetiba rasa sebak..hampir menangis apabila membaca thread 2..disini aku ingin kongsikan u`olls dengan apa yang aku baca tadi...
july 19, 2008The IntroductionFiled under: Uncategorized — Itu Aku @ 12:22 pm Bermulanya di sini…Tanggal 17 Julai 2008 akan menjadi 1 tarikh keramat yang takkan aku lupakan sampai mati.Sungguh demi Tuhan, sehingga saat ini aku masih belum menerima hakikat akan apa yang telah berlaku pada diri aku. Aku masih berasa di alam mimpi ngeri yang pasti tiada siapa ingin menjadi begitu.Aku simpati pada diri aku sendiri. Bila aku melihat wajah aku di cermin, aku dapat melihat seolah-oleh bayangan maut diriku sendiri yang pasti akan terbujur kaku tanpa aku mengetahui tarikh dan hari sebenarnya.Kisah ngeri episod baru dalam hidup aku ni bermula pada minggu lpas. Ntah macam mana aku tergerakkan hati untuk membuat Blood Test di makmal yang mana salah seorang kenalan baik aku bekerja kat situ.15 Julai – malam, dia datang ke rumah untuk mendapatkan sample darah aku. Waktu tu memang aku rasakan tidak ade something wrong yang wujud. Aku masih mampu bergelak ketawa dengan dia. Aku yakin pada waktu tu aku masih bersih. Walaupun golongan macam aku ni amat berisiko tinggi untuk memperoleh penyakit tersebut, tapi aku yakin bahawa Tuhan takkan turunkan bala sedemikian pada diri aku. Aku yakin sesangat…2 hari menunggu keputusan makmal, aku mula berasa tidak sedap hati. Aku contact membe aku tu untuk mendapatkan kepastian. Nah dia seolah-olah suruh aku bersabar dan dia datang ke rumah aku pada malam 17 Julai untuk menyerahkan sendiri report blood test tu.Aku tengok muka dia serious semacam. Walaupun aku cuba buat lawak dengan dia, dia tetap serious….then aku baca report tu satu persatu……..Then bila aku dah abis baca, aku tanya dia semula…..“Aku sihat kan Kairil?”Sepi sekejap..kemudian, membe aku tu tengok muka aku. Dia suruh aku baca lagi sekali report tu.Aku confuse,..aku tak faham wording REACTIVE tu………..then aku tanya Kairil semula,“HIV Reactive means aku ade HIV ke Kairil?” aku tanya dia lagi…untuk mendapatkan kepastian.Aku tgk Kairil, muka dia memang serious. Kemudian dia menerangkan satu persatu keputusan blood test tu. Aku cuba yakinkan diri aku bahawa saat tu aku sedang bermimpi………umpama mimpi di dalam mimpi. Tapi………….Antara percaya atau t idak…..Aku terdiam selepas Kairil “berceramah” pasal report tu. I was speechless at that time. Tapi aku berkali kali mengatakan bahawa result yang dia buat tu ade error…tapi dia tetap menyarankan agar aku mendapatkan further check up untuk mendapatkan pengesahan.Entah kenapa saat tu aku masih belum boleh terima apa yang berlaku, disebabkan tu jugak aku masih belum bersikap emosional sangat. Mungkin sesetengah orang akan menjerit kegilaan tatkala mendapat tahu musibah yang akan melanda diri mereka..tapi tidak bagi aku pada masa tu.Aku bercadang untuk ke panel klinik company malam tu jugak untuk mendapatkan advise dari doctor sendiri. Dengan segera aku ke sana sambil di temani Kairil.Sepanjang perjalanan, hati aku dah mula berdebar. Kairil pun diam je bila dalam kereta. Tapi dia tetap memperkuatkan semangat aku utk ke sana.Sesampai di klinik, doctor masih ade menunggu pesakit. Dalam keadaan jantung aku yang berdebar-debar, aku serahkan report blood test pada doctor tu.Reaksi dia? – erm…kenapa tangan dia tetiba bergetar?Aku gabra…aku rasa darah aku dah naik ke kepala time dia tgk muka aku…dia tanya umur dan latar belakang aku…nak tak nak aku terpaksa jugak la bagitau…….Kemudian dia menerangkan satu persatu tentang result blood test tu dan masih ada kemungkinan bahawa keputusan tersebut boleh disangkal (aku tak tau samada ayat2 dia hanya untuk menenangkan perasaan aku atau sebaliknya)…Doctor tu menyarankan aku untuk berjumpa dengan doctor pakar di General Hospital…walaupun aku sepatutnya refer pada panel hospital iaitu Hospital Penawar atau Johor Specialist, tetapi sejauh mana tahap confidential kes aku ni masih boleh dipertikaikan….kes aku ni sewajarnya dirujuk kepada pihak yang betul2 bole menjaga privacy aku dan bukannya melalui HR tempat aku bekerja….Aku terima dan bersetuju dengan apa yang doctor sarankan pada aku……..keesokan harinya aku nekad untuk ke GH……Malam tu aku dah mula resah…tak bole tidur…lantas aku sms officemate aku untuk menumpang tidor di rumah dia………Musnah sudah segalanya…..18 Julai 2008 – aku memohon cuti semata-mata utk further check up di Hospital Sultanah Aminah. Debaran kat dada dah makin memuncak. Semasa berbaris di kaunter, aku lihat pelbagai rupa manusia yang berpenyakit, termasuk yang berbalut di kaki, di tangan, di kepala…dan jugak muka2 yang lemah gemalai tanda demam panas atau sebagainya. Tapi aku cukup sempurna ..bentuk badan aku masih menunjukkan aku masih gagah….aku masih kuat…………..aku lah antara pesakit paling tak sakit pada masa tu………….!!!!Giliran aku untuk mendapatkan doctor dah tiba. Perlahan aku menyerahkan report blood test semalam pada doctor tu….Dia memandang aku dengan sayu..aku plak tak mampu nak tengok muka dia..aku hanya mampu berpaling ke lantai………“Macam mana u dapat penyakit ni?” doctor wanita India tu mula menyoal…….aku diam..aku tak mampu nak cakap apa2……Aku malu sangat masa tu….muka aku setebal dinding bata dah……tp nasib baik doctor tu masih cool dan dia suruh aku amik Rapid Blood Test kt bilik sebelah………Aku perlahan-lahan keluar…aku rasa memang aku positively HIV infected! Aku rasa mcm nak balik time tu…aku takut….kemudian aku sms Kairil dan bgtau dia yang aku tak sanggup nak further check up………..“Alang-alang ko dah datang sana, baik ko teruskan..at least ko berusaha”…itulah jawapan kairil yang membuatkan aku jadi gagah semula….Aku ke kaunter darah. Jelas pada kad kesihatan aku tu ade ditulis perkataan HIV…dan aku dapat lihat semua nurse kt situ mula pikir sesuatu pasal aku………aku nampak diorg dah mula mencari glove & jarum yang sesuai, dedicated utk pesakit HIV untuk mengelakkan sebarang jangkitan!!!!!!!!!!!Hanya Tuhan je yang tau perasaan masa tu……..air mata aku dah bergenang…tp aku cepat cepat lap..……….aku tak mampu melihat muka nurse kt situ satu persatu..aku just ikut apa aje yg diorg suruh…Lebih kurang 15 minit selepas darah aku di ambil, aku di panggil untuk kembali ke bilik doctor tadi. Nurse kt situ menyerahkan kad pesakit untuk aku berjumpa semula dgn doktor, dan ……pada kad tu ade tertulis HIV REACTIVE-hasil dari Rapid Test yang aku buat sebentar tadi. Aku mengucap panjang, sangkaan tentang error dalam earlier test yg member aku buat tu mmg totally salah…….screening ke 3 sah mengatakan aku mmg ade HIV!!!!!!!!Hati aku menangis time tu……………&#8 230;…………pada doctor aku ceritakan segalanya…tentang bagaimana aku berkemungkinan mendapat virus tu…pada mulanya doctor suspect aku buat hubungan seks dgn pelacur atau suntikan dadah……tp bila aku kata yang aku homoseksual..dia agak terkejut………..mungkin dia tak sangka dengan cara aku str8 acting, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang aku ni gay.Dia jelaskan serba sedikit tentang apa yang perlu aku buat…sample darah aku di ambil lagi untuk detail analysis dan temujanji seterusnya di buat pada 15 August 2008….pada hari tersebut mereka akan mendapat laporan penuh tentang latar belakang virus yang ada dalam badan aku ni…dan juga bentuk medication yang perlu aku ambil untuk melawan virus yang ada……………&# 8230;Sebelum keluar dari bilik doctor, aku sempat menanyakan pada dia…..“Memang confirm ke HIV ada dalam badan saya doctor?”Dia jawab…………99% YESOh Tuhan….Sepanjang perjalanan balik ke rumah, aku menangis sepuas dalam kereta……..bayangan mak abah, family & kengkawan silih berganti…Bayangan silam tentang aktiviti-aktiviti keji dan terkutuk pernah aku lakukan sebelum itu juga silih berganti di dalam fikiran aku….Sesampai di rumah…..aku meraung sepuas hati.aku tatap gambar mak, abah dan kakak aku………aku menangis lagi……………& #8230;…..aku meraung…………&#823 0;.air mata aku berlinangan…………& #8230;…….Saat tu aku rasa lemah sangat…..aku lah manusia paling hina rasanyaAku dapat rasakan setiap denyutan nadi aku ni adalah di jana dari racun HIV yang ade dalam darah aku…….aku rasa tubuh badan yang nampak sihat ini adalah palsu semata-mata..Kulit2 yang elok ni pasti akan hancur tak lama lagi……..Aku tak tau berapa lama lagi aku akan hidup sihat……….tapi yang aku rasa, dalam 5-10 tahun lagi aku pasti akan mengalami complication tertentu..yang mana virus ni dah mula membiak…….Aku pasti………aku pasti sangat yang ajal aku semakin hampir..Ya Allah……aku menangis sepuas puasnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…&#8
nak tahu selanjutnya?jom masuk site ne
berilah dorongan padanya....
huhu...

No comments: