Sunday 30 August 2009

Basikal....



Hai....how are you?Rasanya dah lama aku tak update blog ne hehhehe...sengaja malas untuk bersengkang mata untuk mengupdatekan blog ne,apapun kalau ada masa yg terluang mcm nelah blog ne akhirnnya terusik jua.Well sedar tak sedar dah seminggu lebih teman-teman kita yg beragama Islam menunaikan kewajiban berpuasa,untuk mereka aku ucapkan selamat berpuasa semoga mendapat keberkatan,jgn ponteng2 posaaa yer...hilang pahala tue nanti hehe,minggu ne tak banyak yg berlaku dalam hidup aku,cuma tugasan kuliah dah mula diberikan..yg tak bestnya lecture tue susah sangat nak kowtim...isk sengal sangat huhuh...biarkan malas nak fikir huhu


Mungkin uolls tertanya2 apa sebenarnya yg aku nak sampaikan melalui title entry kali ini....BASIKAL....ya basikal...ada bermcm2 basikal,basikal beroda 3 dipanggil Beca kan...hehhe seingat aku,basikal pertama yang pernah dimiliki ialah hadiah pemberian Datuk aku ketika berumur 5 tahun,teman masih ingat,kali pertama menerima hadih tersebut teman rasa gembira sekali...bahkan kegembiraan teman di kongsi dengan kawan2 yg laen akhirnya basikal itu rosak,aku sedih sekali namun Nenek aku bijak sekali untuk memujuk aku dan mengatakan"Unguk (nama manja temandah )"Basikal tue rosak sebab tarikh luput dah sampai"simple jew tapi itu membuatkan perasaan sedih aku berlalu dan kembali ceria...selepas berberapa tahun kemudian ketika usia aku menjangkau 10 tahun,aku mula pandai menunggang basikal BMX,mesti uolls tahu basikal tue famous era 90an,namun aku tidak pernah meminta bapa aku ntuk membelikannya,aku setakat dapat meminjam basikal kawan2 aku bahkan kadang2 hanya melihat kawan2 aku bermain2 dengan basikal mereka...nasib badan lah huhuhu....sampailah suatu ketika apabila bapa aku tetiba mengatakan akan membelikan basikal untuk aku,wah...siapa yg tak gembira kan apabila impian selema ini tetiba tertunai namun bapa aku mempunyai syarat2,aku mesti mendapat tempat pertama dalam kelas aku,ermm akhirnnya aku mendapat tempat pertama dalam kelas namun,bapa ku tidak menunaikan janjinya...sampai sekarang aku masih mengingati janjinya yg tidak tertunai.....sedeih jugalah tapi nak buat mcmana....keluarga aku unik sedikit

Owh....baru dapat gaji part time tapi mcm dah nak habis jew hehehe...takpe usaha tangga kejayaan hheheh..klah guys nak chaww dulu....moral da story jgn suka berjanji.....

Tuesday 25 August 2009

Salam Ramadhan...

Salam uols,owh penatnya,nelah kalau time posa2 ne ramai sangat member2 yg minta cover untuk rehat,walau posa belum sampai seminggu bahangnya mula terasa,bukan bahang api neraka occay....hari semalam jew kena on duty 9 jam,mcmana tue?sejam hanya rm 4.50 jew kalau darab dengan 9 jam..siapa nak jawab?sendiri mo ingat....well dalam kesempatan yg mulia ne aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada teman-teman yg beragama islam,semoga dalam menunaikan ibadah puasa ne mendapat keberkatan.
Sedar tak sedar dah nak habis bulan august,tak sabar2 nak balik kampung bulan 12 ne,rindu sangat kat kg huhu...dalam masa yg sama pembelajaran aku kat kampus semakin mencabar...wah mcmana aku tak ler follow ms excel erkss?mcm susah sangat huhuh..takpa chaiyok2x...usaha tangga kejayaan...minta2 dalam masa terdekat ne aku ler follow lecture tue tapi nak buat mcmana aku tengah confiuse dengan subjek tue......
Kejaaaaaaaa......aku dtg period..opss yelah semenjak 2 menjak ne aku asyik marah jew ntah org laen yg posa ok jew aku yg tak posa ne marah2....bad mood memanjang....ntahlah mungkin bulan untuk badmood hahhaha...klah guys miss you all....

Tuesday 18 August 2009

Love in first sight part 2

Salam uolls,bersua kembali dalam ruangan ne(choii ala2 rancangan Tv laks)ntah dalam berberapa hari ne,aku asyik memikirkan apa yg seharusnya untuk diupdatekan dalam blog ne,rasanya blog ne dah masuk tahun ke 2,seingat aku masa aku couple ngan my x pertengahan tahun 2007 kowt tP semua tue dah berlalu,usah untuk difikirkan kang melarat pulak....well aku masih seperti biasa menjalani kehidupan tanpa sesorang disisi...ala mcm tak biasa kan huhu cuma dalam berberapa waktu ne aku rasa keliru sedikit,keliru memikirkan sesorang sepertimana yg aku kongsikan dalam entri sebelum ne,mungkin ka aku sudah di lamun cinta?Choiii...minta2 dijauhkan benda tue,yelah selama 2 tahun tak berjumpa dan tetiba dia ada di depan mata,nak buat mcmana?Mengimbas kisah lalu,diawal titik perkenalan,owh sememangnya indah...sebelum tue aku dah target yang dier memang "People Like Us"cuma segan untuk bersua dan bertanyakan hal itu,aku umpama secret admire ngan dier lah...sampai suatu masa tanpa disengajakan...aku berhadapan dengannya ditempat yg tidak dijangka,waktu tue cuti mid term,memandangkan aku memang tak kemana-mana stay kat hostel jew,kebosanan yg melampau sehinggahkan sanggup adjust antene Tv kat bilik Tv@ first floor hostel aku,dahler Tv antene tue mcm sial tak dapat2x...aku hampir putus asa actually,tiba-tiba ada suara dari belakang,aku meneloh?Aku terkedu seketika kerana org yg menyergah aku itu merupakan org yg menjadi admire aku selama ini...bermula disitu kemesraan bermula...wow...kalau lah aku dapat putarkan masa,aku nak reverst balik pada masa tue dan mengatakan bahawa aku menyukainya lebey dari seorang sahabat...perhubungan kami terputus apabila dier menyambung studynya di Kuala Lumpur,sehinggalah aku dapat berjumpa dengannya baru2 ne bahkan berYM dengannya....owh usah salahkan perpisahan salahkan pertemuaan kerana adanya pertemuan perpisahan pasti terjadi..aku kangen sama dier huhuhuh
Well dah masuk bulan ke3 aku berkerja di Swensen,kalau sebelum ne aku hanya bertuas di bahagian Floor,start minggu ne aku kena bertugas di bahagian Fountan,kerjanya lagi susah kerana bertanggungjawab di bahagian Ice cream laaaa....pasti lepas ne mjadi lebih sibuk huhuh...klah guys blog ne umpama meluahkan perasaan bagi ku...kalau rasa tak selesa cepat2 larik dari blog ne.....untuk dier.....i miss you so much,what i should do?

Monday 10 August 2009

Love in first Sight...

Jam menunjukan 4.30 pg,namun mataku tak terasa mengantuk,mungkin disebabkan oleh kepenatan yg dilalui sehariaan memberikan tindakbalas negatif sehinggakan agak sukar untuk melelapkan mata untuk tidor...berberapa hari yang lalu aku mengunjungi sebuah pharmacy,semata-mata untuk mencari vitamin tambahan kerana masalah tidor yg tak cukup...namun hampeh sekali apabila petugas wanita disitu,memberikan ceramah percuma,korunk tahu dia kata apa?Lebey kurang mcm ne,"I think arr one of reason why u cant sleep is u thinking to many....try to be relax before go to bed"alalalala aku kena balik kekdahnya...memang bila jew nak melelapkan mata,pelbagai perkara yg akan difikirkan...ntah rasanya 24 jam tak cukup untuk tugasan sehariaan....apapun sejak sehari 2 ne masa malam tak begitu membosankan kerana dah ada internet connection,so kalau sebelum ne blog ne bersawang,muda-mudahan selepas ini blog ini sentiasa di updatekan....
Well bulan ne dah masuk 2 bulan aku berkerja sebagai part timer di SS2 Pj,walau hanya berkerja sebagai part timer,sekurang-kurangnya aku mempunyai sumber kewangan sendiri di tambah lagi masa ne aku masih mempunyai tunggakan yuran di kampus selain masih menghadiri dua kali kelas seminggu,thanksgiving in all thing...naa aku tak taw napa sejak akhir-akhir ne aku confiuse bila mengingatkan sesorang...seorang yg pernah selingku dengan aku berberapa tahun dahulu,namun apabila aku mengikuti kelas di City Campus,aku ketemu kembali dengan Dia,the masalahnya ialah aku sendiri tak sure dengan perasaan aku dengan dia...curious....perlu ker aku berterus terang dengan dia atau gimana?Sebelum ini pernah gak memberikan clue tentang what i feel to him tapi dia sendiri yg mengatakan bahawa aku tak nampak org yg menyayangi aku sendiri...mungkin suatu hari awak akan nampak katanya..aku terkedu seketika.kehilangan kata-kata untuk membalas balik apa yg di perkatakannya...what the heck aku stuck seketika pada masa itu,dan hubungan kami terputus setakat disitu sahaja,apabila dia melanjutkan degree di City Campus,sehinggalah baru-baru ne apabila bertemu dengannya semula....let it be.....
Panasss....kes H1N1 semakin membimbangkan,malam semalam aku sempat berhubung dengan aunty aku kat Sabah katanya,berberapa sekolah dah di tutup bagi mengelakan penyebaran virus ne...cian mereka,hampir semua org-org kat sana memakai mask untuk langkah pencegahan,berlainan dengan situasi disini masih ramai yg tidak memakai mask termasuk aku hahhahah....ntah minta2 virus ne di jauhkan korunks yg diluar disana berhati-hati occay....kesihatan jgn diabaikan....dont let the rice become forridge(betul ker ejaan aku ne?)
Ermm tadi aku sempat mengunjungi blog PLU Indonesian...nampaknya mereka lebih kehadapan dalam memperjuangkan hak-hak mereka sebagai komuniti LGBT,di Malaysia?Mungkin setahun 2 lagi?aku sendiri sukar untuk meramal...oklah guys...biar aku tidor dahulu....tenang relax n menang.....mudah-mudahan esok lebih baik dari hari semalam.....sayang semua...

Saturday 8 August 2009

Life Purpose....



Tujuan untuk Hidup.....perhatikaan dua picture yg sempat di candid click dibawa.
picture pertama:Kelihatan seorang Tua meminta simpati(Pemintah sedekah)

Picture Kedua:Seorang TKI(Tenaga Kerja Indonesia)sedang merenungkan masa depannya....

Renung-renungkan tujuan hidup kita,sama ada seperti picture 01 mengemis untuk kelangsungan hidup atau seperti picture kedua yg sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata mencari rezeki yang halal.....di kedudukan kita?Tidak kita berasa bertuah tinggal di negara yg bertuah seperti Malaysia?

Thursday 6 August 2009

Finally....

Salam,rasanya lama benar aku tidak menulis dalam blog ini,seingat aku sebelum ini aku bukan main ligat lagi dalam mengonsikan pelbagai kerenah manusia dalam blog ini,namun disebabkan berberapa masalah yg tidak dapat di selesaikan sebelum ini,membuatkan aku berhenti seketika bukan pe bertapah nooo,sengaja merehatkan diri untuk seketika.Well semalam genap 2 bulan aku berkerja secara Part Time kat Swensen,rasanya dalam 2 bulan yg berlalu,banyak pengalaman yg dapat di pelajari,kekadang pengalaman ini boleh menjadi suatu hal subjektif untuk di perkatakan,sukar untuk dinyatakan melalui kata-kata,itulah pengalaman...suatu hal yg senang untuk di perolehi...
Sedikit mengenai tempat aku berkerja secara part time,Swensen merupakan sebuah Restaurant N Cafe,lebih sinonim dengan Aiskrimnya yg pelbagai rasa,asal company ne dari negara uncel Sam,namun Swensen Malaysia ini dimiliki oleh company dari Singapore,rasanya melalui Francais kowt,apapun kalau uolls nak tahu lebih lanjut,datang ler kat sana untuk makan sampai kenyang coz on this period Swensen lunching new promotion 1 4 1 for Lunch Mania....sure kenyang....
Ermm baru-baru ini kita di kejutkan dengan pemergian pengarah Filem tersohor Negara,Late of Yasmin Ahmad...uolls tentunya pernah melihat karya-karya Yasmin Ahmad semasa hayatnya...ada tak mana-mana karya Yasmin Ahmad baik filem mahu pun iklan yang benar-benar memberikan makna kepada kita?Bagaimana pandangan uolls mengenai filem-filem arahannya sebelum ini?Yang pasti pro dan kontranya akan ada,apapun bagi aku Yasmin merupakan seorang yg benar-benar komited dengan kerjanya serta teliti...no wonderlah kalau uollss melalui Pasar Seni Lrt,uolls akan nampak grafit Yasmin Ahmad terlukis disana...bayangkan golongan pelukis grafit yg sering di salah anggap oleh masyarakat ini juga terasa kehilangan Yasmin Ahmad....kerana apa?kerana semangat bangsa Malaysia yang di terapkan oleh Yasmin dalam setiap hasil karyanya membuatkan segenap lapisan masyarakat merasakan kehilangannya....Rest In Peace...