Friday 24 April 2009

Exam tension....

Alahai mak oiii...lama bebenor aku tak mengupdatekan blog ne...so for those yg selalu menjenguk blog ne seribu kemaafan di pinta..nokss i bz sangat occay...susah nak kata uolls...yelah nak buat mcmana kanz...kalau tak berusaha alamat extended semester kekdahnya...nak bayar RM 4000...aku tak mampu nokss...even now pun hutang dah keliling pinggang..siapa yg nak jawab...so nak di pendekan cheritanya..kena berusaha..ibarat kata perpatah..bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..atau lagi tepat kalau tak di pecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya..choiii rasa macam ahli bahasa lak...ahli bahasa negara mana aku sendiri pun tak taw...so Lu fikirlah sendiri.....
Well dalam berberapa minggu kebelakangan banyak benda yg terjadi...kalau nak di cheritakan satu persatu confirm esok pagi pun tak habis kekdahnya tapi for sure memang ada cherita yg best untuk di kongsikan dengan uolls semua.Sebenarnya aku ne jenis org yg tak cerewet,apalagi kalau melibatakn projek berkumpulan atau sebagainya,cuma yg aku tahan kalau org suka bagi aku SHITT... @ Tahi...dah kita susah2 nak buat keja...org tue pulun balik kampung memanjang...tapi kalau soal kipas mengipas dia number satu....hari ne nak di jadikan cherita...aku ada Test dari pagi sampai ke petang...org tue lak sibuk pasal buku log,kesnya mcmne...buku log tue my group leadre dah bagi pun dua minggu awal sebelum presentation 20 hb yg lalu,ntah mungkin kerana org yg diamanakan unruk menyiapkan buku log tue buat mcm sial kekdahnya,maka buku log tue tak siap,so aku juga yg jadi mangsanya...aku hangin betul lah dengan org tue...shitt sangat....tak nak fikir sangat pasal benda ne...apapun mungkin ne pengalaman yg berharga kekdahnya.
Dalam berberapa mingu lagi bergelar sebagai pelajar kat sini...rasanya banyak pengalaman yg berharga di perolehi kat sini...terutama mengenali teman2 yg mempunyai pelbagai ragam kekdahnya...ada yg berperangai mcm tuan besar dan sebagainya...mungkin inilah yg dikatakan sebagai perjalanan kehidupan,setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya bukan...apa yg pasti aku akan meninggalkan seribu satu kenangan manis di University Kuala Lumpur ini...chewaa....ala-ala sentimental juga kekdahnya....
Tensioon....exam akan start 28hb ne...dan akan berterusan sampai 7hb mei...alamak 05 hb birthday aku lak....mcmana ne...nak sambut ker tak heehe...takpe bertawakal sahaja erkss....mst boleh buat kowt :P
Oklah guys...nak study kekdahnya..salam sayang semua

Sunday 12 April 2009

Lonely...

Whassup bro...hows day?semoga semua dalam keadaan sihat hendaknya...well entry kali ini merupakan entry kedua aku dalam bulan april,sejak entry yg lalu,aku semakin sibuk untuk membuat persiapan khusus untuk menghadapi peperiksaan kekdahnya...almaklumlah exam akan start 28 hb ne,yg mana akan menentukan sama ada aku akan grad pada waktu yg di tetapkan atau terpaksa menyambung satu semester lagi...apapun harap2 tak sangkut kekdahnya...bukannya apa kalau kes mcm semester dua dahulu alamat putus harapan ler katakan....dah masa tue CGP aku teruk sangat nyaris kena buang....1.06...ne semua kerana tak study and scandal memanjang,kalau nak di fikirkan kembali rasa menyesal,lucu dan sebagainya,apapun aku percaya di setiap kegagalan itu ada peluang untuk bangkit semula...uolls bukan pocong bangkit erkss tP bangkit dari kegagalan...well pray for me...occay.


Uolls jgn terkejut dengan title entry aku kali ini erkss....honestly i am feel lonely right now...ntah walau di kelilingi oleh teman-teman seperjuangan namun aku masih merasa keseorangan...berberapa hari yg lalu perasaan aku berbaur gembira bercampur sedih,sedikit kesal...mcmana tue?Sebenarnya dalam entry aku yg lepas2 aku ada mention tentang someone kan...alah budak KL tue,fyi kami secara rasminya tidak ada apa-apa hubungan lagi...lantaklah dier yg menjauhkan diri dengan aku,mungkin aku bukan yg terbaik untuk dirinya,aku gembira kerana akhirnya dier yg membuat keputusan untuk declare yg dier tue singel,aku sedih kerana kami tidak dapat mempertahankan hubungan kami...yelah hubungan yg tidak berpenghujung...nak buat mcmana kan...apapun semoga dier dapat mencari sesorang yg lebih baik dari aku...bukan bermaksud untuk mengaku kalah tapi seperti kata-kata omputih ne"If you love something,set it free,if it comes back,it`s yours,if it doesn`t it never was"yelah nak kata apa lagi kan....so let it be...


i`m lonely...

Stress sangat lately ne...walau exam tak lama lagi assignment bertimbun untuk di siapkan,aku pening kekadang,harga yg harus dibayar dek kemalasan yg melampau sebelum ini...apapun semoga dalam minggu ini semua assignment ne dapat disiapkan.Semalam aku berkesempatan untuk menghubungi ayah aku kat kampung,dari suaranya aku memahami betapa tingginya harapan dier kat aku sebagai anaknya,aku rasa sedih kerana tidak dapat menolong dier dalam keadaan ini,apapun sedikit masa lagi aku lak yg membalas pengorbanannya...semoga Tuhan memberkati niat murni ini...




Hati....

Mimpi mendapat petunjuk?Siapa yg pernah bermimpi mendapat petunjuk?Well minggu lalu,aku bermimpi berjumpa dengan sesorang yg aku kenali namun aku tak tahu namanya,dier membawa aku ke suatu tempat ,seperti surau rasanya kerana selain kami berdua ada lagi org lain yg sedang menunaikan solat yg aku nampak,lelaki itu mengajar aku untuk berdoa Doa taubat,sejurus aku mengucapkan doa tersebut aku terus terjaga,memandangkan waktu itu sudah pagi aku bergegas untuk bersiap dan pergi ke gereja,petangnya sekembali dari gereja aku berehat seketika dan bermimpi,mimpi yg sama seperti mimpi semalam,setelah terjaga aku mula tertanya-tanya apa maksud tersirat mimpi tersebut,aku pernah bertanya pada kawan-kawan Muslim aku dan mereka mengatakan itulah adalah mimpi pertunjuk,sehingga sekarang aku masih memikirkan hal itu...sama ada percaya bahawa mimpi itu adalah petunjuk atau setakat mainan tidur sahaja...

Owh hampir terlupa...happy good friday untuk mereka yg menyambutnya...aku gembira coz some of my muslim friend wish aku dengan tag dalam tagged...thanks guys..God bless you




Happy Good Friday











Wednesday 1 April 2009

Accident....punya story..

Setelah penat mengharungi sehari,hari ne dengan pelbagai test dan sebagainya,ingatkan boleh rehat...sekitar jam 8.00 malam,one of my friends...terkinja-kinja memanggil nama ku dari aras bawa dan memberitahu puteri-puteri kelas aku terlibat dalam satu kemalangan,owh my God...baru jew pagi tadi aku berjumpa dengan kedua-dua puteri tunggal weolls kat classtue,memandangkan tempat kejadian berdekatan dengan kolej kediaman,kami bergegas ke tempat kejadian,bukannya apa takut perkara yg tidak diingini tidak berlaku,untuk information tambahan,kedudukan kampus kami ne berdekatan dengan penempatan org-org India,tidak bermaksud raciast tapi sebelum ne ada org India yg terlibat dalam kemalangan dan kawan-kawannya menimbulkan kekacauan...tue yg membuat kami tergesa-gesa tue.Sesampai di trafic light,keadaan sudah menjadi sesak,apa yg aku nampak kelihatan seorang polis berdiri berhampiran sebuah motor yg remuk teruk,dalam hati aku,mula rasa takut,ntah apa akan jadi dengan kedua-dua puteri weols tue,selepas melepasi trafic light,kami berhenti dan terus meluruh ke arah org ramai yg bersesak-sesak tadi,thanks God,segala kerisauan sebentar tadi hilang apabila weolls melihat kedua-dua puteri weolls dalam keadaan baik,rupa-rupanya ketika mereka keluar dari trafic light tadi dan membelok ke belah kanan,motor tersebut hilang kawalan lalu melanggar bahagian tepi kereta yg puteri-puteri weolls pandu,kalau nak lihat kesan langgaran tue memang dasyat...cermin depan retak menanti belah,pintu belah kanan,hancur teruk...nasib baik puteri-puteri yg memandu tue tidak apa-apa...selepas berdiskusi dengan pihak berkuasa,kami di nasihatkan untuk membuat laporan secepat mungkin,kami berlalu ke balai polis kulim,manakala penunggang motorsikal di hantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lebih lanjut.Memang letih menunggu soal siasat uolls...nak tahu jam berapa weolls siap buat laporan dan soal siasat kat balai polis?Jam 1 pagi huhuhuh...nasib baek puteri-puteri weolls kalau org lain...jangan harap heehehe...

Ermm,setelah berberapa waktu dier membisu seribu bahasa,akhirnya dier muncul untuk membuat pengakuan...Dont worry i dont missing you...well nak kata apa lagi kan...takan buat tak faham lak...rasa mcm fobia lak bila selalu menghadapi situasi seperti ini,pengakuan itu walau bukan di hantar melalui text,hanya sekadar status dalam facebook,benar-benar membuataku lega,bukannya gembira..of course sedih,tapi at least,dier membuat keputusan sebelum weols pergi lebih jauh...tak nak kata apalah...perhubungan seperti ini tidak akan kemana-mana...so risikonya memang besar,cuma yg aku tak faham,manusia suka sangat mempermainkan perasaan...apa uolls ngat perasaan tue sampah ker?Sendiri mo ingat...aku tak nak komen banyak-banyak...cukuplah,setakat ini yg aku rasakan...kalau ada org nak...benda tue tak akan kemana jua.

My Godness...dah masuk minggu yg ke 10 kekdahnya,ini bermaksud tinggal 4 minggu lagi aku bergelar student...yg tue aku tak risau sangat,yg buat aku pening sampai tahap giler babi ne,mengenai persedian untuk final exam...aku dah check jadual exam....my paper will start on 28 of april...paper industrial communication lagi tue...thats why lepas entry ne...mungkin blog ne akan bersawang buat sementara waktu...target sem ne nak pass...muda-mudahan bulan october nanti convo gaytuee...opss aku jatuh hati dengan sesorang ker?You know why...kalau aku tak jumpa dengan dier dalam sehari aku akan risau...i`m to closed with him...ntah..aku pening,i know his straight guy...dan mungkin dier tahu asal aku tapi dier memang best,sporting giler...cuma aku jew yg mabuk kepayang kowt...apapun aku tidak akan membuat onak dan duri...biar aku meminatinya dalam diam gaytuee...dan consider as friends @ Brotherhood kekdahnya,so tak baik hidden agenda ne huhuh yg penting kita happy......