Thursday 6 August 2009

Finally....

Salam,rasanya lama benar aku tidak menulis dalam blog ini,seingat aku sebelum ini aku bukan main ligat lagi dalam mengonsikan pelbagai kerenah manusia dalam blog ini,namun disebabkan berberapa masalah yg tidak dapat di selesaikan sebelum ini,membuatkan aku berhenti seketika bukan pe bertapah nooo,sengaja merehatkan diri untuk seketika.Well semalam genap 2 bulan aku berkerja secara Part Time kat Swensen,rasanya dalam 2 bulan yg berlalu,banyak pengalaman yg dapat di pelajari,kekadang pengalaman ini boleh menjadi suatu hal subjektif untuk di perkatakan,sukar untuk dinyatakan melalui kata-kata,itulah pengalaman...suatu hal yg senang untuk di perolehi...
Sedikit mengenai tempat aku berkerja secara part time,Swensen merupakan sebuah Restaurant N Cafe,lebih sinonim dengan Aiskrimnya yg pelbagai rasa,asal company ne dari negara uncel Sam,namun Swensen Malaysia ini dimiliki oleh company dari Singapore,rasanya melalui Francais kowt,apapun kalau uolls nak tahu lebih lanjut,datang ler kat sana untuk makan sampai kenyang coz on this period Swensen lunching new promotion 1 4 1 for Lunch Mania....sure kenyang....
Ermm baru-baru ini kita di kejutkan dengan pemergian pengarah Filem tersohor Negara,Late of Yasmin Ahmad...uolls tentunya pernah melihat karya-karya Yasmin Ahmad semasa hayatnya...ada tak mana-mana karya Yasmin Ahmad baik filem mahu pun iklan yang benar-benar memberikan makna kepada kita?Bagaimana pandangan uolls mengenai filem-filem arahannya sebelum ini?Yang pasti pro dan kontranya akan ada,apapun bagi aku Yasmin merupakan seorang yg benar-benar komited dengan kerjanya serta teliti...no wonderlah kalau uollss melalui Pasar Seni Lrt,uolls akan nampak grafit Yasmin Ahmad terlukis disana...bayangkan golongan pelukis grafit yg sering di salah anggap oleh masyarakat ini juga terasa kehilangan Yasmin Ahmad....kerana apa?kerana semangat bangsa Malaysia yang di terapkan oleh Yasmin dalam setiap hasil karyanya membuatkan segenap lapisan masyarakat merasakan kehilangannya....Rest In Peace...

No comments: