Saturday 1 January 2011

New year....@kampung Part 1

Antara pakaian yang di buang pada malam 31hb hehe
Salam,bersua kembali selepas entry Christmas yang lalu,secara peribadi Calvin merasakan tahun 2010 sangat cepat berlalu,betulah pepatah mengatakan masa mencemburuhi kita,pejam celik-pejam celik tahun 2010 sudah melabuhkan tirainya semalam.Tahun 2011 tiba dengan seribu harapan betul ker?Bagi Calvin itu betul sebab banyak hasrat pada tahun 2010 tidak tercapai hiks..so tahun 2011 ini Calvin akan gunakan sebaik mungkin untuk memastikan hasrat yang tidak tercapai pada tahun yang sudah akan tercapai geytuee...

Gigih membuat persiapan Rumah terbuka
Anyhow hari2 terakhir Calvin berada di kampung,masih dalam Mode penat,baru berberapa hari yang lalu,Calvin mengadakan rumah terbuka,kehadiran macam biasa,satu kampung datang...biasalah setiap tahun my Dad akan mengadakan Rumah terbuka secara tidak langsung penduduk kampung sedia maklum,tahun ini agak menarik sebenarnya sebab selain Rumah terbuka yang diadakan oleh keluarga Calvin,dua lagi acara yang berasingan turut di adakan,salah satunya ialah acara"popoengat"oleh sepupu Calvin,acara ini di adakan sempena genap sebulan seorang lagi anak buah Calvin...hiks my cousin dah beranak pinak diri sendiri tak tahu bile ler hehhe...acara kedua pula ialah acara pertunangan anak kepada kitekis di kampung.
Anak2 Riang....
Thanks God sebab semuanya berjalan dengan baik.Ermm sepanjang 11 hari berada di kampung,honestly Calvin jatuh sakit,mula2 selesma,selepas itu batuk,nasib baik magrin tak kena sekali,kalau tak lengkap lah sakit penyakit,satu part yang Calvin tidak lepaskan peluang ialah mandi Sungai...mcm biasa adik Calvin akan menemankan Calvin mandi ker sungai,bukan takut tapi kalau mandi sorang tak best hehe...selain mandi sungai,beramah mesra dengan saudara mara terutama anak2 buah menjadi satu kemestian....
Minom Petang hehe
Hurm secara keserluruhanya Calvin berpuas hati dengan percutiaan Calvin kali ini,walau bengang sebab tak boleh online dengan BB,laptop adik sorang lagi menjadi mangsa...hehe hopefully tahun hadapan Calvin berpeluang untuk balik pada bulan Pesta Kaamatan pulak hehe...

No comments: