Sunday 2 January 2011

Dari Lembah ker Kota metropolitan ~part 1

Hari terakhir Calvin berada di kampung,sebelum berangkat ke Kota Kinabalu,Calvin terpaksa bermalam di Kota Kinabalu disebabkan flight Calvin dalam jam 06:20 pagi.
Malam itu Calvin lebih banyak mengelamun sendirian,my Dad tidak banyak berkata-kata,namun Calvin dapat rasakan bahawa dia sedih sebab Calvin akan kembali semula ke Kuala Lumpur,biasalah dari first day sampai ke kampung sampai pada malam terakhir my Dad selalu menembak Calvin dengan nasihat2 yang Calvin sendiri pun dah tak ingat dah berapa kali my Dad memperkatakan perkara yang sama,namun jauh di lubuk hati Calvin,sangat gembira kerana my Dad tidak putus2 memberikan Calvin semangat hurm miss my hometown now... 
Dinner Time
Pagi itu,my niece menghantar Calvin ke Kota Kinabalu,kebetulan dia menghantar maknya aka my Cousin ke Putatan,so apa lagi untuk meramaikan suasana Calvin dengan rela hatinya berhimpit-himpit dengan niece yang lain..you guys bayangkan kereta kancil boleh memuatkan 6 penumpang termasuk pemandunya sekali,itu belum termasuk beg2 Calvin...tapi yang penting ialah ikatan kekeluargaan tue,betulkan hehe...
Rasa sayu apabila meninggalkan rumah pagi itu,my Dad mengetuk pintu bilik Calvin dan mengucapkan selamat jalan,mungkin  my Dad tidak punya kekuatan untuk bersua dengan Calvin pada pagi itu,lantas Calvin keluar dan bersalaman dengan my Dad sebelum kedua2 kami dengan haluan masing2 hiks....
Kereta Pick Up Pakcik Askin
Destinasi pertama Calvin pagi ituee...SMK Taun Gusi,one of my niece bersekolah di sana dan pagi ituee bersama-sama dengan Calvin,wow banyak perubahan sekolah tuee dari semasa ke semasa tapi masih tidak menandingi sekolah-sekolah di semenanjung mungkin 5 tahun akan datang?Terpegun seketika melihat kereta Pick Up pakcik Askin,kereta yang banyak berjasa kepada penduduk kampung Calvin,Pakcik Askin merupakan pemandu kereta Pick UP para pelajar di kampung Calvin,jasanya?Memang tidak dapat di nafikan,sekarang ada di antara pelajar2 yang pernah menaiki kereta ini bergelar Guru dan sebagainya....
1Borneo The biggest shopping mall in Kota Kinabalu
Destinasi kedua Calvin ialah gerai Mee Soup Kota belud,ada kawan pernah mengatakan tidak sah ke Kota Belud tanpa singgah ke kedai Mee Soup,sudah menjadi trade mark Kota belud sejak sekian lama,memandangkan bukan selalu punya peluang bersama-sama dengan mereka,kali itu Calvin mengspedo mereka bersarapan ahaks...Mee Soupnya sedap kolomin pun sedap hahha.
Kota Kinabalu pesat membangun....
Dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu,mengambil masa perjalanan sejam,ini pun baru dalam berberapa tahun kebelakangan ini,sebelum ini tempoh perjalanan mengambil masa agak lama sekitar 3 jam hanya untuk ke Kota Kinabalu,destinasi seterusnya ialah Alam Mesra,lokasi ini betul2 berhadapan dengan UMS dan 1Borneo(seriously never been there)orang kata Mall ini mo re bigger compare Midvalley tapi Calvin sendiri tak pernah kesana hahah....sekadar berlalu itu cukup bagi Calvin.
Akhirnya jam 13:00 Calvin sampai di Kota Kinabalu,terus ke Hotel King park dan check inn di sana,hurm bilik Calvin bertentangan dengan pawagam lama dan baru tP Calvin takde mood lak nak pergi menonton wayang penat kowt.....To be continue


No comments: