Saturday 28 March 2009

EarthHour...~See the difference you can make

Salam uolls,salam sayang dan sebagainya hehehhe... sebentar tadi tepat jam 20:30 malam sebahagian besar penduduk dunia bergelap seketika selama sejam untuk menyokong Earth Hour 2009,sebenarnya kempen ini bermula sejak tahun 2007 di Australia di mana sebuah NGO ia itu WWF telah menganjurkan kempen ini sebagai salah satu medium menyedarkan masyarakat amnya mengenai isu pemanasan Global,mungkin agak baru di Malaysia tetapi melihat kepada sambutan earth hour 2009 di Malaysia,nampaknya ramai juga rakyat Malaysia ne yg sedar dan menyokong usaha seperti ini,apapun for those yg menyertai earth hour 2009,syabas dan tahniah aku ucapkan.



Simple Poster yg aku lekat kat pintu depan bilik aku ...


Selepas suis utama floor 2 casa Zaragoza di tutup....gelap..hantau mak aiii


Bercakap mengenai kempen earth hour ne..aku rasa terharu dengan kometmen para rakan-rakan aku kat kampus,walaupun paparan earth hour ne kurang mendapat liputan di kampus tetapi mereka masih ingat bahawa malam ne merupakan earth hour time,uolls nak tahu,floor aku tue rasa mcm pasar ikan jew berberapa minit sebelum earth hour,they olls beria-ria sangat untuk menyertai earth hour,sampaikan pak guard yg lalu kat bawa tue theyols gthu suruh tutup lampu satu kampus..semangat bukan hehhehe....dalam menantikan 60 minit berlalu,ada di antara mereka yg tak keruan ibarat cacing kepanasan,ada lak yg bergayut dengan aweknya,bukan setakat menutup lampu bahkan menutup pintu biliknya hehhehe,mana2 bilik yg masih membuka lampu terutama di floor 2 casa zaragoza confirm kena lahar dengan one of my member,semangat bukan hehhehe...tak kurang juga yg mengambil jalan tengah dengan menikmati tidur awal kekdahnya...dah ler hujan lebat kanz...lampu pun tertutup..so tidor jew lah....





Geng-geng tour guide Open Day 2009...uolls yg ambik part kali ne nooo




Lately cuaca kat Kulim ne tak menentu,kadangkala cerah di waktu pagi dan hujan di waktu petang dan sebaliknya,itu semua tidak menghalang pihak campus dari menganjurkan Open Day 2009,bermula hari ini dan esok,seingat aku,Open Day kali ini merupakan kali 3 aku menyertainya walaupun atas kapasiti yg berlainan,pengalaman yg menarik ketika menjadi one of committe Open Day ne ialah menjadi Tour Guide kepada para pengujung...dan teruknya semasa Open Day kali kedua tahun lalu,aku kena dengan budak-budak tadika...ntah dari tadika mana aku tak ambil port..yg teruknya depa ne budak-budak chinese,so faham2 ler nak cakap malay pun payah huhuhuh...so teruk aku kena belasah cakap omputih gaytuee...cuma perasaan sayangkan niversity tue jew yg menjadikan aku bersemangat ala-ala Pak Aznil gaytuee,lain pulak cerita tahun ne ketika Open Day 2009,one of my classmate buka booth menjual makanan kekdahnya,,ntah apasal aku di minta tolong untuk membantunya wal hal share holder untuk booth ne berlambak kekdahnya..kerana aku ne jenis yg suka menolong makan aku tolong lah dier,sambutan jualan dier agak menggalakan,apa ntah dier jual laksa kedah,ayak campaq dan rojak..njoy gak melayan kerenah para pelanggan...


Sebahagian dari buah-buahan yg akan menjadi korban rojak sebentar lagi heee



Dalam kesibukan aku melayan pelanggan gaytuee mata ku terpaku memandang sesorang kat booth sebelah...Beta in Da House..punya booth..booth ini dari class degree...ntah mcmana aku boleh terpandang dengan budak tue..tapi budak tue memang lawa...ala-ala model lak...dah ler putih..senyuman dier lagi menawan..choiii kaparat..ada masa ne menyundal hahahha...dier betul2 berdiri di hadapan aku walau jarak kami dalam 10 meter tetapi...aku puas tengok wajahnya....mungkin ka dier juga salah seorang dari golongan lelaki sesuatu iteww?Hanya Tuhan yg tahu..x nak ambik port,lamunan aku terhenti apabila staff dari marketing melalui booth kawan aku tue..dier ne pun aku syak lelaki sesuatu...selalunya aku sengaja melalui ruang pejalan staff kat blok pentadbiran semata-mata mahu melihat org iteww..isk..napa ramai sangat yg aku berkenaan ne hehehe...


Tepat jam 12:00 tengahari aku beredar dari booth kawan aku tue..keja masih ada tetapi..aku tak nak share holder kawan aku tue goyang kaki...ada dier patut tanya aku.."wei ko ada share ker?"Aku mendiamkan diri jew..malas nak menjawab soalan mcm tue..mungkin juga aku ne mereka kurang kenal gaytuee..takpe lah sekurang-kurangnya aku dah bantu theyolls...


Org Kuat earth Hour UniKL Msi hehehe



Apapun lately hidup aku mula ceria kembali..mungkin aku mula dapat mengawal stress aku kekdahnya..lagi pun aku banyak bergaul dengan budak junior yg sentiasa berfikiran positif gaytuee..terutama Hakim tue...kadang2 jam 2.00 pagi sempat berborak tepi machine air kat ground floor...sambil menikmati air tin yg sejuk tak ker giler tue... dah ler hujan...pakai boxer jew..mungkin inilah namanya warna-warna kehidupan..walau berbeda bangsa,agama,latarbelakang dsbnya tetapi saling memerlukan...opss hampir terlanjur..sok ada test untuk spanish bab 1-3...nasib baek kawan aku gitahu tadi huhuhuh..thanks uolls..sayang semua...

No comments: