Sunday 22 February 2009

Sembang Sunday

Well..aku baru bangun sebentar tadi..hari ini aku terpaksa bangun awal.sekitar jam 07:00 pagi,ini semua di sebabkan aku berjanji dengan member aku nak pe Church katakan...sebenarnya tahun ini baru bulan February baru aku komited dengan benda ne semua..so uolls fikir2kan lah selama sebulan yg lalu..aku langsung tidak ke Gereja..banyak kometmen lain heehee...
Hari ini aku berjumpa dengan seorang kawan lama..biar aku namakan dier Brader A,dia berasal dari Sabah,lebih muda dari saya berberapa tahun..sebenarnya dia seorang anggota Pasukan Gerak Am(PGA)cawangan Kulim,so kami bercerita mengenai rusuhan di perak baru-baru ini....opss sebelum itu..my family background banyak yg terlibat dengan kerjaya Polis,abang saya sendiri merupakan anggota polis di petaling jaya,manakala pakcik aku merupakan komando di kota Kinabalu,dan seorang lagi pakcik aku juga seorang polis di Kuantan,manakala abang ipar aku juga merupakan pegawai pemerintah di PGA Kulim,well cerita kami berkisar mengenai kekerasan polis dalam menangani rusuhan....apa yg menarik perhatiaan aku ialah....kawan aku tue berkata "Sekiranya polis menggunakan kekerasan dalam menangani perusuh,apa perusuh gunakan untuk menangani polis?Aku berfikir sejenak....secara logiknya...polis tidak akan menggunakan kekerasan tanpa alasan..itu yg nyata(walau banyak penyalahgunaan kuasa polis dewasa ini)so aku terfikir mungkin ada sesuatu yg tidak jelas lalu dia menerangkan lebih jelas dengan aku.sebenarnya memang benar perusuh2 itu tidak menggunakan sebarang alat untuk menentang polis semasa rusuhan tetapi mulut mereka tue lebih jahat dari syaitan....well weolls pun manusia biasa juga..so apabila mereka mengatakan sesuatu sebagai provaksi terhadap kami(Polis) kami tiada pilihan lain selain menghembuskan gas pemedih mata untuk meleraikan mereka dari terus memprovaksi kami.....takut lebih teruk lagi....secara peribadi aku sependapat dengan dia..dalam rusuhan HINDRAF penghujung 2008,abang aku merupakan salah satu polis yg di tugaskan untuk menjaga keselamatan...dan menurut ceritannya..anggota polis di perlakukan seperti Anjing..sehinggakan di baling dengan Kasut..namun media arus pembangkang..seringkali memberikan gambaran negatif mengenai kerjaya polis..mereka langsung tidak memperdulikan kepedulian sebahagian anggota polis yg komited dalam menjaga keamanan...menurut kawan aku tue lagi dalam rusuhan baru-baru ini..sebanyak 99 tong gas pemedih mata habis di gunakan..bayangkan.....manakala sebuah topi FRU...yg begitu keras....untuk melindungi anggota FRU..pecah..bayangkan....persoalannya apakah Polis benar2 ganas seperti yg di gambarkan oleh pembangkang atau pembangkang sengaja membangkitkan amarah rakyat dengan menjadikan Polis sebagai kambing hitam?Jawabannya ada di kotak hati saudara-saudari..
Part 2:
Hari ini juga aku berkesempatan mengenali sesorang..ini pun semasa di Church..ada seorang pelatih Polis PGA..baru berberapa minggu di Kulim,dia berasal dari Papar Sabah,ini mengenai masalah bahasa.....so jom belajar bahasa Sabah.
Sekirannya...uolls di perhadapakan dengan arahan ini,"Kamu semua pigi siring,kc limpas itu jeep"apa yg uols akan buat?Tertanya-tanya?Ketawa?Semestinya sesuatu yang melucukan right?Inilah keunikan bahasa Malaysia di sabah,walaupun bahasa Malaysia merupakan medium perantara di Sabah tetapi kebanyakan penuturnya teleh mencampuradukan dengan bahasa ibunda..so bayangkan etnik sabah yg berjumlah 32 suku..semestinya bahasa Malaysia di sabah hancur lerai...dengan kosa kata yg berlainan...dan bukan sahaja bahasa ibunda yg mengeffectkan bahasa Malaysia itu sendiri malahan tinggalan penjajah juga tidak ketinggalan..uolls masuklah ke kampung2 suku Dusun,mereka lebih mengenali soldier dari askar,jeep dari kereta,test daripada menggunakan perkataan cuba,meeting daripada perkataan mesyuarat.... so apa yg aku boleh katakan ..memang sabah unik sekali untuk di kaji...hahha....well...nak mandi..opss aku dah ada new facebook..menambahkan laman sosial yg sedia ada..so uolls yg ada facebook..add aku erkss....salam kemanisan untuk semua....God bless

No comments: