Saturday 22 November 2008

Memory

Segar rasanya,bangun jam 12.00 tengahari tapi baru mandi,ala-ala pemalas giteww..bukannya apa saja tak nak mandi awal bukan kemana-mana pun,semalam my roomate balik lewat,rasanya dalam jam 04.00 pagi baru muncul kat umah,mati-mati aku ingat dier balik kat Serdang,takpe sebagai roomate yang baik(chewaa..angkat bakul)aku setia menunggu kepulanganmu,yg tak bestnya balik-balik umah,done2 tidor tak mandi..bau busuk heheeh..
Hari ne aku tak kemana-mana just menghadap laptop kalau boleh nak 24 jam,yelah percuma kan..thanks wireless...my broadband dah tak aktif lagi..tengok lah hujung tahun aktifkan balik,untuk masa ne,belum ada plan nak sambung balik..ada kometmen lain katakan.Rasanya kurang dari 60 hari kita akan melangkah ke tahun baru 2009,pastinya banyak kenangan yang dilalui sepanjang tahun ini,bagi aku kedatangan tahun baru hanya membawa aku kepada kenangan yang aku tidak dapat lupakan,awal tahun depan genap dua tahun my mummy meninggalkan dunia yang fana ini,ironinya,dia tak sempat melihat aku untuk berjaya,lebih menyedihkan apabila adik-adik tiri ku masih kecil untuk mengerti kepermergiannya,aku sangat sedih mengenangkan hal tersebut,aku masih ingat pada pagi 25 december 2006,ketika aku dalam perjalanan ke Church untuk Christmas Mass,aku sengaja mampir ke rumah my mummy,dia sakit tapi bertegas untuk tidak mahu ke hospital,semata-mata kerana kasihan kan adik tiri ku yang masih menyusu,"Siapa nak jaga adik ko ne,kalau mak ke hospital?" "Kalau mak di masukan ke ward bagaimana?"2 pertanyaan yang sering kali my mummy katakan apabila di minta untuk ke hospital,pagi itu aku gagal lagi untuk membawa my mummy ke hospital,walau berat untuk pergi aku terus menuju ke church,kerana aku perlu untuk mengacara,berberapa bahagian pada pagi itu,dan berharap semua akan berjalan dengan baik terutama keadaan my mummy,tidak berberapa lama kemudian setelah aku sampai ke church,my auntie datang dan memberitahu bahawa ibuku telah di hantar ke hospital,keadaannya kritikal,tambahnya lagi,aku geram,kerana kedegilan ibuku untuk tidak ke hospital pagi tadi,aku terkedu seketika,aku tidak tahu nak buat apa,acara akan bermula sebentar lagi,aku kuatkan hati,untuk terus mengikuti christmas mass,dengan perasaan yang bercampur-baur.
Seusai Mass aku bergegas balik ke rumah ibuku,aku melihat adik tiri ku di jaga oleh makcik aku,belum sempat aku bertanya keadaan ibuku,makcik aku terlebih dahulu memberikan aku kata-kata semangat supaya bersabar dan mengatakan bahawa suaminya telah pun menghantar ibuku ke hospital Kota Marudu.Malam itu aku sukar untuk melupakan peristiwa pagi tadi,aku hampir tidak dapat melelapkan mata untuk menunggu keesokannya.
Pagi itu,aku membawa ayah aku untuk melawat ibuku di hospital,ibu tiriku ikut serta,aku dapat merasa kebimbangan mereka berdua,yelah ibuku dan ibu tiriku mempunyai kaitan kekeluargaan,kami sampai di hospital dalam jam 08.00 pagi,aku terus meluruh masuk ke ward perempuan,aku tercari-cari,dimana katil ibuku,Oh my God,hanya Tuhan yang mampu mengambarkan perasaan aku ketika melihat ibuku terbaring lesu,di satu sudut dengan bantuan pernafasan yang di pakainya,aku pitam seketika,aku lemah...aku mula menangis tanpa air mata,aku tak sedar,aku meluahkan segala-galanya..perasaan amarahku terhadap ibuku kerana degil,sampai nurse yg bertugas dalam ward tue pun bagi warning kat aku,aku sedar aku tak patut bertindak demikian tetapi aku tidak dapat mengawal rasa hati aku.Di pendekan cerita,sehari sebelum aku balik semula ke Kedah(New semester)ibuku di benarkan keluar dari hospital,aku difahamkan bahawa dia semakin baik,thanks Lord,keesokanya aku balik ke Kedah,aku masih ingat,flight aku jam 07.25 pagi dari LCCT Kota Kinabalu,aku mampir sebentar di rumah abangku di Petaling Jaya dan kemudian terus ker Kedah,
18 janury pagi tue,aku ada class,habis jam 11.00...sempatlah aku rehat seketika,tetiba aku mendapat pangilan,aku cuba amati numbernya,aku tak kenal,dengan selamba aku menjawabnya,opss my pakcik..dia terus passkan tlefon tue kepada makcik aku,aku mula rasa sesuatu yang tak kena dan dugaan aku benar sekali dengan tangisan,makciku memberitahu bahawa ibuku baru meninggal dunia tadi,aku meraung sekuat-kuatnya,aku tidak mampu untuk berdiam diri..........in da end aku ambik cuti dua minggu .....
Aku pasrah dengan ketentuan ilahi,apapun hidup mst di teruskan..uolls yang masih ada ibu-bapa..jagalah mereka selagi waktu masih ada,mungkin uolls suatu masa nanti tidak akan mendapat peluang itu lagi....
Salam

No comments: