Monday 21 September 2009

Catatan perjalanan seorg lelaki str8...

Salam...wow kaler font aku kali ne hijau muda hahhaha mentang2 Hari raya kan hehehe...yer..Raya lah bro...ermm Raya,raya juga tapi keja tetap keja huhuhu...sebenarnya sharing kali ini tidak mempunyai kebenaran dari nya tetapi aku rasa ada nilai yg perlu di sharingkan...cheritanya bermula apabila aku bertanyakan mengenai sambutan Raya tanpa keluarga disisi,dia merupakan org Ganu dan lebih tua dari aku,dan aku membahaskan dirinya Abang....
Aku:Kasihan isteri abang Raya sendirian,abang kena keja pulak....
Abang:Aku dah hantar isteri Abang kat Ganu,kat sana dier boleh bergembira sakan sebab mak ayah Aku ada kat sana...
Aku:Isteri abang asal mana?Dia tak balik umah keluarganya ker?
Abang:Isteri Abang asal Klang,ermm dier dah di buang dari keluarganya?
Aku confiused kejap,aku meneruskan pertanyaan untuk lebih ingin mengetahui
Aku:Di buang?maksud Abang?
Abang:Isteri Abang merupakan anak yg paling Bongsu,sejak kecil isteri Abang tinggal dengan neneknya di Seremban,apabila neneknya meninggal dunia,isteri Abang kembali semula ke keluarganya,memandangkan alatan tahun yg sangat lama,seakan2 adik beradik isteri Abang tidak dapat menerima kehadiran isteri Abang kembali ker pangkuan keluarganya dan sering di Ban apabila isteri abang melakukan kesilapan.
Aku: Lalu?
Abang:Sampai satu ketika apabila mak isteri Abang meninggal,adik2nya tidak memberitahunya,dan hanya selepas dua hari Maknya di kebumikan barulah mereka memberitahu isteri Abang.
Aku semakin ingin mengetahui cheritanya...
Abang:Isteri Abang stress teruk bila tahu hal itu,hampir dua minggu isteri abang bermalam di pusara ibunya kerana rasa terkilan tidak di beritahu mengenai kematian Maknya,Sampai suatu ketika apabila ayahnya memarahi dan mengatakan isteri abang kafir kerana bermalam di pusara maknya dan tidak mahu mengakui isteri abang sebagai anaknya lagi...
Aku terkedu seketika....sambung next episod....

No comments: