Wednesday 6 May 2009

My Day...

Salam,whassup guys,apa khabar semua?Semoga semua dalam keadaan baik hendaknya,well setelah sekian lama bertapa untuk seketika barulah ada masa untuk mengupdatekan perkembangan terkini blog ini,yelah dari bulan lalu aku sibuk untuk persiapan khusus untuk exam...syukur sehingga kini aku sudah berjaya melepasi 4 paper,yg tinggal dua paper lagi,satu paper untuk petang ini dan petang esok.
Ermm rasa tak percaya aku hampir menamatkan pegajian aku di Kulim,suatu tempat yg tidak pernah terfikirkan sebelum ini...tempoh hampir 3 tahun berada di Kulim,sedikit sebanyak memberikan aku banyak pengalaman yg pasti tidak dapat di beli dengan wang ringgit,aku masih ingat akan waktu permulaan aku berada di Kulim,kekok,janggal dan takut merupakan sebahagian perasaan yg harus aku hadapi setiap kali bergaul dengan teman-teman baru...syukur kerana aku dapat bergaul baik dengan mereka,walau berlainan suku bangsa,agama dan budaya...dan satu hal yg tidak dapat dinafikan ialah seribu satu kenangan yg istimewa tercipta disini.
Bercerita sedikit mengenai Final Year Project aku,syukur pada yang maha Esa kerana project itu siap juga akhirnya,sebenarnya dalam tempoh project itu di siapkan aku banyak menghadapi dugaan,bahkan tekanan dari team group,bahkan wang ringgit juga perlu dikorban kan dek karenah birokarsi pihak pengurusan,tak nak memanjangkan hal ini,biarlah yg sudah berlalu...berlalu...cuma rasa terkilan kerana sikap-sikap sebahagian team group yg tidak memahami keadaan org lain.
Well seperti mana yg aku katakan sebelum ini mengenai final exam...my first paper start pada 28 April,dan berterusan selama 2 hari selepasnya,sebelum bersambung pada minggu ini...ya Allah...Dia jew yg tahu mcmana azabnya menghadai 6 paper dalam final ne...tak taw nak kata apa...apapun di sudut lain aku berasa gembira kerana tinggal sedikit masa lagi aku akan menamatkan pengajian aku disini....TO be Continue.....

No comments: