Saturday, 25 December 2010

Christmas Celebration...

Whassup....finally i`ve settle my laundry,actually since i`m back from Kuala Lumpur last Thursday no one my clothes was laundry,hahah..i`m getting lazy when in home.My first activities is going to Sungai,haha if i`m not mistaken last time that i am swimming in Sungai was 2008..lama sudah kan?Sungai di kampung Calvin yang dulu sangat cetek,tapi sekarang my God...punya lah dalam sampai boleh berenang,apa lagi Calvin menghabiskan hampir sejam memanjakan diri dalam Sungai.
Christmas....akhirnya tiba,semalam Calvin berkesempatan mengikuti ibadah pertama Natal 2010,apa yang Calvin perasaan,generasi baru khususnya sudah menampakan potensi2 hebat dalam pelayanan,Calvin teringat suatu ketika dahulu yang mana calvin berada di posisi yang sama dengan mereka..sigh!Ermm mengeluh kerana Calvin tidak sanggup untuk mengonsikan apa yang terjadi dalam kometmen Calvin dalam pelayanan.Biarkan mereka dalam pelayanan,and just support from the back...inilah peluang bagi mereka untuk lebih dekat ngan sang pencipta.
Sambutan Natal tahun ini tidak banyak berubah sepertimana tahun2 yang sudah,apa yang membezakan ialah dari segi sambutan,tahun ini ramai muka2 baru yang Calvin lihat,mungkin transformasi yang di lakukan oleh pihak kepimpinan Gereja membuatkan mereka tertarik untuk datang ke gereja,yang lebih membuatkan Calvin teruja ialah ada di antara mereka yang benar2 daripada agama saudara,dan membuat keputusan untuk memiliki Jesus Christ dalam hidup mereka....apapun natal tahun ini boleh dikatakan berjaya,cuma yg tak bestnya pertandingan yang Calvin anjurkan tak mendapat sambutan yang mengggalakan,takpe harap2 tahun depan Calvin dapat lagi menyumbang sesuatu untuk gereja di kampung.
Lari topic jap boleh kan?Hehe...Calvin sangat suka kalau nampak mereka yang tengah bercouple2 ne sekurang2nya mitos yang mengatakan cinta di antara orang macam kita tidak berkesudahan,namun mereka silap sebab ada di antara kawan2 Calvin yang sudah memasuki usia 3 tahun dalam perhubungan lebih advance ada di antara mereka yang masuk dah 7 tahun uolls....Calvin punye jangka hayat perhubungan tak yah tanya hahah,mungkin bukan jodoh thats why selalu di putus di tengah jalan,apapun Calvin masih percaya bahawa adanya cinta di kalangan Orang Macam Kita.....(^_~)

Friday, 24 December 2010

Finally i'm HOME....

Thanks God selamat juga sampai ke Kota Kinabalu tepat jam 22:00 waktu Malaysia Timur,awalnya rasa nak mengamok juga sebab flight yg di jadualkan jam 18:45 di tunda pada jam 19:20 di sebabkan cuaca yang tidak baik,nak tak nak dalam kegeraman terpaksa menunggu juga,berbaloi sebab semasa berada di balai menunggu terjumpa dua scandal opss...satu dari padanya Calvin kenal semasa masih bersekolah di Kudat dan yg kedua baru2 jew Calvin kenal hehe...yg bestnya yg pertama tue dah berkeluarga sekarang dan sudah menimang cahaya mata,sempat bermesra dengan keluarganya hehe...yang kedua tue balik ke Sabah dengan kakaknya,ermm unexpacted things heheh...
Jam 23:00 baru dapat keluar dari terminal setelah mendapatkan luggage rasa lapar lak huhuh,sempat singgah ke Restoran Masinah Taman puterajaya...tak lalu nak makan just minom jew...sebab dah lewat...sampai umah dah jam 01:00 pagi nasib baek my brothers sempat masak nasi so borak punya borak sampai jam 03:00 pagi before tidor sempat sound my brothers jangan ganggu Calvin pagi nanti sebab nak tidor lebih masa opss...
To be continued...

Sunday, 12 December 2010

Scandal Part 1

Salam,rajin gak calvin nak update blog pagi ne haha....mungkin kerana mood yg baik atau terkenangkan sesorang....biar calvin jew yg tahu haha...pagi ini Calvin tetiba teringat ngan sesorang,sebenarnya Calvin confiused either dia ne scandal Calvin ker atau memang Lover opss...
Sebenarnya perkenalan dengan dia secara kebetulan,masa itu Calvin rushing mencari tempat tinggal di Penang kerana Calvin akan menjalani latihan praktikal selama 6 bulan di sana,jangan rasa terkejut kalau Calvin mengatakan bahawa,Calvin mencari rumah sewa thru Mirc...bertitik tolak sana lah Calvin mengenali dia,kebetulan dia juga berasal dari Sabah so hubungan kami semakin bertambah baik dan sampai suatu masa itu kami decide to be couple...boleh gituee?That`s why kalau Calvin fikirkan kembali agak melucukan,tidak keterlaluan kalau calvin mengatakan dia seorang yg humble...kind and romantic opss...Calvin gembira bersama dengan dia sebenarnya cuma mungkin hubungan calvin dengan dia pada waktu yang kurang tepat,ketika itu dia sedang belajar untuk mendapatkan PHD dan juga menjadi research untuk kanser payu dara so asal weekend dia akan ke sana sini,and masa untuk calvin memang tiada,mungkin bertitik tolak dengan itu hubungan kami semakin renggang,akhirnya Calvin mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami dengan baik,namun hingga sekarang Calvin masih memakai Ring peringatan kami berdua,mungkin dia yang terbaik dalam antara org yg Calvin pernah cintai sehinggakan Ring peringatan sentiasa di jari calvin gituee....
Hidup ini sukar untuk di duga,Calvin belajar banyak perkara dengan dia,thanks God hubungan dengan dia masih baik walau hanya sekadar teman biasa...Thanks Dong..you teach me a lot of things....


Friday, 3 December 2010

Ceritakan lah....

Salam,bersua kembali,Calvin terpaksa memilih waktu yang sesuai untuk mengupdatekan blog ini,so for those keep visit my blog tue thanks very2 much,appreaciate it.Well dah masok 3hb December bukan,haha seriously semua target bahkan azam tahun ne hanya 50% jew tercapai ne dah nak habis tahun pown aiyoo..uolls mcmana lak?Semua Azam dah tercapai ker?Yg berjaya tue Calvin ucapkan tahniah yang belum berjaya lagi cuba lagi tahun hadapan termasuk diri calvin sendiri.
 Hotel Nikko Kuala Lumpur
Well mari bercerita,bukan cerita pasal si polan o si Polan,cerita tentang diri sendiri boleh?Sebab Calvin malas nak bergossip vagai...aka tak grade pasal gossip2 ne so uolls selamat ngan Calvin,btw dah masuk 5 bulan Calvin berkerja aka Kuli kat Nikko Hotel,thanks God so far Calvin dapat berkerja dengan baik dengan pelvagai ragam rakan-rakan sekerja,Calvin rasa sangat beruntung uolls sebab mengenali mereka...no joke no fun occay,biasa ler tue memang intresting berkerja di sektor perhotelan ne,ada orang cakap masyuk tapi bagi Calvin cukuplah apa yang Tuhan bagi,jangan lebih2 kang lupa diri.Plan awal hanya nak berkerja disini untuk berberapa bulan,bahkan sampai satu ketika tue Calvin sudah menghantar surat resign,tapi bila di fikirkan kembali Calvin rasa belum sampai waktunya,sampailah suatu ketika Miss Amy FOM suruh Calvin jumpa dia kat officenya,Calvin dah agak sebenarnya dia nak ikat Calvin untuk berkerja di Nikko hotel,kalau sebelum ne Calvin boleh tender notice 1 week now 1 month,kekdah sangat prosedur Hotel kan,So dengan hati yg berbelah bahagi plus tolak dan darab,Calvin akur dan menandatangani new agreement iteww so now tersahlah position Calvin kat Nikko Hotel...adess...
Personal story?Hahha malu lah choii nothing new,still sama,last month break ngan org tersayang bukanlah sesuatu yang menarik untuk di kongsikan namun mungkin itu hakikat yang harus di terima,sekirannya itu yang terbaik bagi kami berdua ya...go on,cuma biasa lah masa mula-mula tue shock juga kan sebab hujan takde,angin takde apalagi ribut kan tetiba dia meminta di ceraikan opss...dah cerai dah talak 10 lagi...but honestly Calvin tak pernah berhenti untuk menyintainya,mungkin dia lebih prefer to be single but bukan Calvin...so now kadang2 rasa rindu juga dengan dia walau tempat kerja Calvin dengnnya tak lah jauh berbatu2 cuma Calvin tiada kekuatan untuk pergi dan memohon penjelasan daripadanya,dia pernah mengatakan Calvin stupid,rasa terasa sedikit tapi biarlah mungkin dia sengaja atau tak sengaja Tuhan ada untuk menghakiminya dan bukan Calvin yg layak untuk mengatakan Calvin betul..i`m right dear?
 Picture lama2 hahha masih dalam simpanan Calvin
Owh ya bulan December sinonim dengan Christmas,bercerita tentang Christmas ne,Calvin sedang memikirkan apa hadiah yang paling bermakna untuk sorang Girl...opss ya betulah sorang Girl...nasib baik bukan Boi kalau boi confirm Calvin akan belikan Condom perisa Banana hahha....ingat nak beli baju tapi dier size apa erkss?Kang bagi size besar terlebih muat lak,uolls ada komen or cadangan tak?Atau nak bagi dia anak patung hahha..Teddy Bear ker?Voleh..Calvin confiused huhuh....well klah guys stop...entry akan menyusul...x sabar nak balik kg actually 23hb ne balik kampung lah hahaha...

Monday, 8 November 2010

Kebahagiaan Dalam perpisahan....

Salam uolls bersua kembali,dah bulan November erkss?Cepat sangat masa berlalu,tinggal sebulan lebih kita akan berganjak ke tahun baru 2011,wah Calvin tak sabar rasanya menempuhi tahun yang baru gaytuee.By the way biar kita semua sama-sama menantikan tahun baru yer plus dengan azam baru...*boleh plan2 kat mana nak celebrated New year eve...kan2x
Dalam entry lepas Calvin ada menulis mengenai teman-teman dalam facebook yg telah clash dengan couple masing-masing,masa itu Calvin seakan-akan faham dengan perasaan mereka ye lah ne bukan perkara main-main kan tapi melibatkan perasaan,rupa-rupanya semua itu merupakan pertanda awal bahawa Calvin juga akan menghadapi perkara yang sama,oh my God,Calvin kehilangan kata-kata seketika dan terus merayu untuk reconsider balik hubungan yang terjalin,walau hubungan Calvin dengan dia baru berusia 3 bulan,tapi bagi Calvin itu satu tempoh yang lama,dimana calvin belajar untuk menjadi seorang yang boleh di percayai,menepati janji dan menjaganya sebaik mungkin bahkan memberikan perhatiaan sepenuhnya terhadapnya bahkan lebih dari itu menerima kelemahan masing-masing.Dalam tempoh 3 bulan ada banyak masa-masa manis bahkan pahit bersamanya,pernah sekali dia menangis apabila calvin memarahinya disebabkan dia terlupa beg kerjanya dalam kereta kawannya,sorry dear, Calvin memang marah tapi bukan bermaksud calvin membenci dear,dan tidak langsung berniat untuk melukakan hati dear,sorry again.Masa konvokesyen calvin dahulu,Calvin sangat gembira kerana dia sudi menemani calvin dari proses membeli pakaian yang harus di pakai sehingga selesainya majlis Konvo dia bersama Calvin,terima kasih atas semuanya itu.Kini semuanya hanya tinggal kenangan,Calvin seakan-akan bermimpi dan pabila bangun semuanya tinggal sisa-sisa kenangan.
Calvin secara peribadi tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bukan lagi milik Calvin,apalagi sering di asak oleh pertanyaan-pertanyaan nakal kawan-kawan serumah mengenai status hubungan kami,even dalam status Facebook dia sekarang Singel membuatkan calvin serba salah,harus di akui bahawa perasaan Calvin tidak pernah berubah sedikit pun terhadapnya bahkan sehingga saat ini,Calvin sangat merinduinya tapi apakan daya apabila tuan empunya diri sudah berubah.Calvin cuba memahami apa sebenarnya yang terjadi namun sehingga saat ini semuanya itu suram-suram,mungkin kelalaiyan Calvin membuatkan dia berubah fikiran,namun Calvin masih menaruh harapan tinggi supaya semuanya kembali menjadi normal,untuk langkah pertama Calvin akan berpindah tempat tinggal supaya Calvin mempunya ruang lingkup sendiri,semoga Calvin berjaya semula untuk mendapatkan Cintanya itu.
Owh Gosh.....stress mencari perkerjaan baru,sudah hampir 4 bulan berkerja sebagai bellman di Nikko Hotel,agak memberangsangkan sehingga boleh membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan terutamanya soal kewangan,bahkan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan serumah dalam perbelanjaan sehariaan,namun bagaimana untuk terus berkerja disana kalau hati Calvin berada di tempat lain,Calvin rasa sangat beruntung kerana mengenali boss calvin yang sering memberi dorongan,katanya"Sekiranya mendapat perkerjaan yang baru,why not go and try"tue pasal asal weekend star paper jadi rebutan semata-mata mencari peluang baru,dan yang terkini Calvin cuba mengintai peluang berkerja di Kapal2 Mewah gaytuee,mana tahu ada nasib kan...apapun semua itu dari Tuhan juga,kalau Tuhan katakan ok I give u this,confirm lah dapat heheh tapi kalau Dia katakan NO or Wait...kena tunggu dan bersabarlah kan...
Kebahagiaan Dalam perpisahan...apakah Calvin harus menerima hakikat bahawa Calvin perlu melepaskan Dia pergi?Honestly sehingga saat ini Calvin buntu untuk membuat keputusan,bukan bermakna Calvin lemah tapi membuat keputusan seperti ini merupakan satu keputusan yang besar dan mempunyai kesan masa panjang...God help me....untuk kesekian kali Calvin menagis berlagu sendu....
Well sebenarnya Calvin bukan seorang yang kuat apalagi seorang yang sempurna,catatan kali ini bukan bermakna Calvin memohon simpati apalagi untuk mengatakan bahawa dia tidak baik jauh sekali apapun mari kita belajar untuk beringat selalu....semoga apa yang Calvin cuba kongsikan ini membuatkan kita lebih menghargai orang-orang tersayang.

Salam
Calvin....

Wednesday, 20 October 2010

Thank You....

Hai..for those visit my blog...a simple worde for you...thank you very much....leave u comment and also ur links on my chat box...Thanks once again........

Friday, 15 October 2010

Graduate....06.10.2010

After graduation....
Hai sepatutnya entry ne dah buat selepas jew convo tempoh hari tP disebabkan masa yg agak terhad so delay punya delay baru hari ne dapat update.Thanks God finally i able to graduate,rasa beban yg di tanggung selama ini pergi begitu sahaja...sangat berasa lega...tak sia-sia usaha selama ini,namun di sebalik itu semua ada ramai org yg bertungkus lumus memberikan dorongan secara peribadi kepada Calvin,pernah satu ketika dahulu Calvin sudah berputus asa,dan membuat keputusan untuk tarik diri sahaja namun sebaliknya ada peribadi-peribadi yg tidak pernah sesaat pun berhenti untuk memastikan Calvin menamatkan program Diploma.....nak tahu siapa?Nanti Calvin uploadkan gambar Calvin bersamanya ok... Fuiyooo Convo 2010,perasaan tidak dapat di gambarkan...bukan sahaja bakal menrima scroll tP yg paling best dapat berjumpa semula dengan kawan2 lama,no need to menton every person cukuplah kalau mereka ini lah menjadi tempat bergurau senda ketika di Kampus dahulu..now masing2 membawa haluan sendiri tP persahabatan yg di bina sentiasa berkekalan sehingga di akhir hayat. Awang,Calvin and Shahrizal
Tidak seperti kebiasaan Calvin akan berpergian sendirian apapun event tP kali ini org tersayang pergi sekali,of coz Calvin gembira kerana meraikan detik-detik gembira bersama org tersayang...walau agak rasa terkilan sedikit kerana keluarga tidak dapat menghadiri di sebabkan jarak yg agak jauh kehadirannya sangat bererti....thanks dear belanja Domino for lunch...kenyang sheyy...nasib baik tak mengantok dalam PICC Hall Domino Pizza for two....thanks dear...
What next`s?Calvin sedang berkira-kira saat ini,melihat mana-mana ada kekosongan jawatan di newspaper,that`s why dalam berberapa hari ini Calvin gigih membeli newspaper the Star..guys pray 4 me ok.... Sedikit tentang personal issue..yahoo dah masok bulan 3,status Calvin berpunya hiks...pelbagai kisah suka duka dah berlalu,apapun Calvin lebih terbuka dengannya sekarang...walau sometime tue ada perselisihan faham namun semua tue dah jadi asam garam dalam sesebuah perhubungan...cuma bulan lalu adalah berberapa kenalan facebook yg clash adoii harap uolls boleh menghadapi semua ini dengan hati yg terbuka....learn from your senir bah...hahha.....sedey gak untuk mereka ne.... Kisah kerja next entry jew ok....nak update pic masa convo time.....cheersss....