Wednesday 7 September 2011

Salam Aidilfitri...


Salam bersua kembali,setelah sebulan genap berpuasa,tiba masanya untuk merayakan Hari kemenangan bagi rakan-rakan Calvin yg beragama Islam,syabas dan tahniah,Calvin ucapkan atas kegigihan kalian semua dalam menjalani ibadah Puasa 2011.Calvin sangat seronok bulan puasa kali ini,sebab Calvin turut berpuasa,tambah-tolak,Calvin berjaya berpuasa penuh 20 hari occay...10 hari lagi,Calvin gagal,bukan gagal mengawal nafsu yer,tapi atas sebab-sebab lain.Biasanya kalau di Sabah,satu sahwal di sambut bukan sahaja golongan Muslim tapi juga golongan bukan Muslim,Calvin masih teringat ketika Calvin masih kecil,selalu mengikuti nenek melawat saudara Islam kami,bahkan bermalam bersama mereka menantikan terbitnya fajar matahari dimana takbir Raya berkumandang memecah keheningan pagi,di sebelah malam,biasa lah main bunga api kekdahnya,dan pabila kami balik saudara-saudara kami yg beragama islam akan memberikan kuih muih untuk saudara-saudara mereka yang tidak berkesempatan datang,memang unik tradisi turun temurun dan perkara yang sama akan berlaku apabila di pihak keluarga yg bukan beragama Islam menganjurkan keramaian,pasti saudara mereka di pihak Islam di panggil untuk menyempurnakan acara sembelian Lembu atau Kerbau,supaya mereka juga dapat bahagian mereka,uolls rasa best tak?Kerukunan yg berlangsung sejak turun temurun,tue pasal isu agama di Sabah tidak pernah menjadi isu,maksud saya bukan isu murtad ok...jgn salah anggap.
Btw,dua hari sebelum Hari Raya,Calvin dah on duty and guess what sampai hari ne masih on duty...kira punya kira 15 days working sebelum dapat merasakan nikmat bercuti,part best di hujung minggu,Calvin tak berkira sebenarnya biarlah mereka yg layak ini merayakanya.Bulan puasa yang lalu,ramai yg menyokong calvin bahkan tidak kurang yang memandang sinis,biasalah manusia punya pandangan masing-masing,bagi mereka yg menyokong Calvin,thank you very much dan yg memandang sinis tue thank you juga,sekurang-kurangnya Calvin menyedari bahawa manusia tidak sempurna dan paling best ramadhan kali ini menghubungkan Calvin dengan Ustaz Hafiz,ex-Lecture Calvin ketika di University dulu,sampai sekarang masih contact dengan dia...suke2 i Like it...
Percaya tidak,Calvin hanya menjamah kuih raya selepas raya ke 5 itu pun atas ehsan seorang teman dari Malacca thanks awak...sebenarnya Calvin saja tak membeli belah kuih raya tahun ne,bukan mcm tahun yg lepas sampai order batang buruk dan makmur bagai haha,apapun Calvin njoy raya tahun ini,ada pepatah mengatakan kadangkala sepi itu indah~sesuai sangat dengan hidup Calvin ala2 berkelana seorang diri hahah...
Perkara pertama yg di buat sebelum sahwal menjelma,call aunty Calvin yg berada di sabah,meminta maaf ampun dan sebagainya,satu-satunya aunty yg Calvin sangat hormati apalagi yang sangat di sayangi....kalau boleh nak simpan title aunty mitali*matiler statement hahha
banyak perkara sebenarnya yg hendak di kongsikan sempana Aidil fitri ini tapi biarlah simpan dulu,sekali lagi calvin meyusun sepuluh jari memohon maaf kepada mana-mana individu yg terluka atau terasa dengan Calvin...selamat hari raya uolls...

Truly
Calvin....