Monday 8 November 2010

Kebahagiaan Dalam perpisahan....

Salam uolls bersua kembali,dah bulan November erkss?Cepat sangat masa berlalu,tinggal sebulan lebih kita akan berganjak ke tahun baru 2011,wah Calvin tak sabar rasanya menempuhi tahun yang baru gaytuee.By the way biar kita semua sama-sama menantikan tahun baru yer plus dengan azam baru...*boleh plan2 kat mana nak celebrated New year eve...kan2x
Dalam entry lepas Calvin ada menulis mengenai teman-teman dalam facebook yg telah clash dengan couple masing-masing,masa itu Calvin seakan-akan faham dengan perasaan mereka ye lah ne bukan perkara main-main kan tapi melibatkan perasaan,rupa-rupanya semua itu merupakan pertanda awal bahawa Calvin juga akan menghadapi perkara yang sama,oh my God,Calvin kehilangan kata-kata seketika dan terus merayu untuk reconsider balik hubungan yang terjalin,walau hubungan Calvin dengan dia baru berusia 3 bulan,tapi bagi Calvin itu satu tempoh yang lama,dimana calvin belajar untuk menjadi seorang yang boleh di percayai,menepati janji dan menjaganya sebaik mungkin bahkan memberikan perhatiaan sepenuhnya terhadapnya bahkan lebih dari itu menerima kelemahan masing-masing.Dalam tempoh 3 bulan ada banyak masa-masa manis bahkan pahit bersamanya,pernah sekali dia menangis apabila calvin memarahinya disebabkan dia terlupa beg kerjanya dalam kereta kawannya,sorry dear, Calvin memang marah tapi bukan bermaksud calvin membenci dear,dan tidak langsung berniat untuk melukakan hati dear,sorry again.Masa konvokesyen calvin dahulu,Calvin sangat gembira kerana dia sudi menemani calvin dari proses membeli pakaian yang harus di pakai sehingga selesainya majlis Konvo dia bersama Calvin,terima kasih atas semuanya itu.Kini semuanya hanya tinggal kenangan,Calvin seakan-akan bermimpi dan pabila bangun semuanya tinggal sisa-sisa kenangan.
Calvin secara peribadi tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bukan lagi milik Calvin,apalagi sering di asak oleh pertanyaan-pertanyaan nakal kawan-kawan serumah mengenai status hubungan kami,even dalam status Facebook dia sekarang Singel membuatkan calvin serba salah,harus di akui bahawa perasaan Calvin tidak pernah berubah sedikit pun terhadapnya bahkan sehingga saat ini,Calvin sangat merinduinya tapi apakan daya apabila tuan empunya diri sudah berubah.Calvin cuba memahami apa sebenarnya yang terjadi namun sehingga saat ini semuanya itu suram-suram,mungkin kelalaiyan Calvin membuatkan dia berubah fikiran,namun Calvin masih menaruh harapan tinggi supaya semuanya kembali menjadi normal,untuk langkah pertama Calvin akan berpindah tempat tinggal supaya Calvin mempunya ruang lingkup sendiri,semoga Calvin berjaya semula untuk mendapatkan Cintanya itu.
Owh Gosh.....stress mencari perkerjaan baru,sudah hampir 4 bulan berkerja sebagai bellman di Nikko Hotel,agak memberangsangkan sehingga boleh membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan terutamanya soal kewangan,bahkan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan serumah dalam perbelanjaan sehariaan,namun bagaimana untuk terus berkerja disana kalau hati Calvin berada di tempat lain,Calvin rasa sangat beruntung kerana mengenali boss calvin yang sering memberi dorongan,katanya"Sekiranya mendapat perkerjaan yang baru,why not go and try"tue pasal asal weekend star paper jadi rebutan semata-mata mencari peluang baru,dan yang terkini Calvin cuba mengintai peluang berkerja di Kapal2 Mewah gaytuee,mana tahu ada nasib kan...apapun semua itu dari Tuhan juga,kalau Tuhan katakan ok I give u this,confirm lah dapat heheh tapi kalau Dia katakan NO or Wait...kena tunggu dan bersabarlah kan...
Kebahagiaan Dalam perpisahan...apakah Calvin harus menerima hakikat bahawa Calvin perlu melepaskan Dia pergi?Honestly sehingga saat ini Calvin buntu untuk membuat keputusan,bukan bermakna Calvin lemah tapi membuat keputusan seperti ini merupakan satu keputusan yang besar dan mempunyai kesan masa panjang...God help me....untuk kesekian kali Calvin menagis berlagu sendu....
Well sebenarnya Calvin bukan seorang yang kuat apalagi seorang yang sempurna,catatan kali ini bukan bermakna Calvin memohon simpati apalagi untuk mengatakan bahawa dia tidak baik jauh sekali apapun mari kita belajar untuk beringat selalu....semoga apa yang Calvin cuba kongsikan ini membuatkan kita lebih menghargai orang-orang tersayang.

Salam
Calvin....