Tuesday 25 May 2010

Southern to Northern

Salam,akhirnnya masa yg di nanti-nantikan sampai juga,berat hati meninggalkan Port Dickson tapi lagi berat bahu memikul bila memikirkan short semester yang bakal di hadapai dalam tempoh 7 minggu dari sekarang,nak tak nak aq harus membuat pertimbangan yg sewajarnya,andai kata aq salah membuat pertimbangan sewajarnya maka aq sendiri yg akan menerima padahnya.Port Dickson,terima kasih kerana memberikan aq peluang untuk menghirup udara yg segar,menetap indahnya matahari terbenam di selat Melaka bahkan lebih dari itu mengenali sahabat2 yg baru disini...guys i will be missing you.
Pagi itu hujan turun dengan lebat sekali,aq lantas mengemaskan beg2 aq yg tak kemas lagi,aq tak nak gelabah takut ada benda yg tertinggal,sejak semalam roomate aq balik kampung so aq rasa bebas sedikit bergerak walau berasa sedih kerana ketiadaan dier sedikit sebanyak membuatkan aq sebak tapi tak ler sampai menitiskan air mata...gaytuee,tepat jam 7.00 pagi aq dah ready sepenuhnya,dah hanya menunggu Kak Hazleen untuk pick up aq sehingga ke seremban,dimana perjalanan aq akan bermula untuk ke utara,namun di luar sana hujan mencurah-curah turun seakan-akan tidak merelakan aq dari pergi dari Port Dickson,sigh...tidak kata hati kecilku,aq harus menghadapi semua ini dengan lebih berani,aq terus mengelamun memikirkan apa yang terjadi dalam hidup aq baik saat ini mahupun yg dah berlalu,ya Tuhan ku keluh hati kecil aq mengapa harus aq melalui semua ini?Ermm aq selalu berontak dengan Tuhan mengapa ini dan itu harus terjadi~sifat manusia@ my bad...lamunan aq terhenti pabila Kak Hazleen text msq.."Burn i am bit late,will be there in 20 minutes"aq bingkas membawa turun beg aq ke bawa,standby katakan,hujan sudah redah,aq memperhatikan warung kopi di hadapan hostel,aku akan merinduimu bisik hati kecilku,tepat jam 9.00 pagi Kak Hazleen sampai,ingatkan dier bawa new car dier tapi dier bawa kancil jew,aq lantas memasukan beq aku di seat belakang,Kak hazleen memandang aq sambil tersengih..."Burn so sorry for coming late,just now i was accident during i taken guest""Are u ok sis?"tanya ku sambil memandang tepat wajahnya,"am Ok..tapi pasu bunga tue hancur ler"katanya sambil ketawa kecil,sebenarnya ada guest yg haramjadah nak cepat pagi tadi,nak buggy service walau dalam keadaan hujan lebat,thats why that thing happen.
Kak Hazleen terus memecut laju menghala ke seremban,sigh...aq mengeluh lagi sambil memandang sekeleling untuk kali terakhir,dalam perjalanan aq hanya berdiam diri mendengarkan celoteh kak Hazleen sambil di selang seli dengan nasihat...thanks Kak Hazleen,sayang kat awak...heheh,tepat jam 10:00 pagi aq dah sampai pun di terminal 1 aq lantas menurunkan beq dan mengucapkan terima kasih pada kak hazleen yg memberikan tumpangan dari Port Dickson ke Seremban pagi tadi,kerana takut kes ulat bas yg menjual tiket palsu aq lantas ke kuanter bas untuk memastikan tiket perjalanan itu sah,akak kaunter itu memaklumkan bahawa bas aq akan sampai pada jam 11:00 pagi nanti,aq menggunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk breakfast,mengalas perot kosong dari semalam,seperti kebiasaan tea ice tetap jadi pilihan heheh,bas akhirnnya sampai apalagi aq terus memasukan beg aq dalam bonet bas itu,dan menaiki bas tersebut sambil liar melihat seat-seat singel yg masih kosong...ingatkan bas itu akan terus bergerak,rupa-rupanya bas itu berhenti di Seremban untuk tempoh 1 jam...alahai aq nak sangat bas itu bergerak,nak lelapkan mata sebab semalam aq x cukup tidor so means masa tu memang aq dah flat dah,akhirnnya bas tue bergerak gak dari Seremban so aq start melelapkan mata....zzzz
Ntah kat mana aq terjaga bila rasa semacam dalam bas,rupa-rupanya aircond bus itu problem,pembantu driver tue terpaksa membuka tingkap bumbung untuk pengaliran udara di dalam bus,aq melihat jam handphone sudah menunjukan1 jam 13:00 aq terus melelapkan mata,bus itu kemudian terpaksa berhenti di R&R sungkai bagi mengisi minyak juga membetulkan masalah aircond tadi,banyaknya masalah bas ini gerutu hatiku lagi,setengah jam disitu barulah bergerak,masa menunjukan jam 14:30 ermm confirm lewat sampai bisik hati kecilku,ingatkan bas itu terus bergerak ke Kulim rupa-rupanya bas itu masuk ke Gopeng,aiyoo ambik masa lagi...Gopeng merupakan hentian pertamanya menurunkan penumpang dan selepas itu Taiping,Bagan serai dan Parit Buntar,sampai Kulim dah jam 19:30...hebat sungguh perjalanan aq,dari pagi ke petang dalam hati menyesal menaiki service bas itu....confirm next time tak nak naik bas tue lagi...habis satu badan lenguh...pinggang sikit tak boleh luruskan huhuh apalagi sampai Kulim jew aq terus pe makan malam sebab tak makan lagi huhuh...sangat memenatkan.....
Dan malam itu aq tidur dengan nyenyak sekali.....End part 1

Sunday 16 May 2010

Bisikan Hati

Salam kembali,memang kembali sangat pun hahha niat di hati nak blog ne sentiasa di kemaskini dengan perkembangan semasa baik mengenai diri aq secara peribadi mahupun mengenai keadaan sekeliling aq namun masa yg selalu membuatkan aq tersasar dari mengemaskinikan blog in,sedar tak sedar blog ini sudah berusia hampir 3 tahun,owh my gosh,dah lama rupannya ,aq masih ingat pertama kali Reiz aka MaksuTimah mengajar aq bagaimana untuk berblog kekdahnya,tak sangka lak sampai sekarang aq masih gigih mengupdatken blog ini walau tidak seperti blogger2 lain yg punya cara tersendiri untuk meluahkan nukilan mahupun cara berblogger,pendek kata aq masih selesa dengan cara aq berblogger....
Minggu ini merupakan hari-hari terakhir aq bertugas disini,ermm perasaan aq bercampur baur sebenarnya,excited sebab akan balik semula ker kampus dan bergelar semula sebagai student(walau dalam tempoh yg singkat) juga rasa sedih apabila meninggalkan rakan2 sekerja disini,walau dalam tempoh yg singkat perasaan sedih itu tetap ada,walau kadangkala meluat gak dengan sebahagian sataff yg perasaan baek sangat tue namun overoll mereka ne semua nice2 gaytuee
Beralih pada tempat aq tinggal,baru2 ne aq hangin 1 badan,bukan pasal tak mandi ker apa ker,bebudak yg 1 rumah ngan aq,punyer lah bikin panas,rumah tak bersih,kitchen tunggang langgang,singki penuh dgn pinggan mangkuk plus gelas bagai dipukul ribut,nak tak nak dengan relanya aq gak yg settle semua tp sampai bila mereka buat mcm ne?Aq nak tegur semua dah besar panjang nasib baek aq takde darah tinggi kalau tak alamat dah masoj ICU...takpe kejap lg aq akan beredar dari umah ne after that non my biznes..lantak korunk ler yer...
Org kata gagal kali pertama bercinta bukan bererti gagal selama-lamanya tP versi aq lain sedikit gagal banyak kali bercinta tidak bermakna tak berpeluang bercinta....voley?To be honest lately memang aq plan untuk have sum1 yg aq boleh katakan sebagai lover,dalam pencariaan gaytuee banyak calon yg berbakat ala2 seperti akademi fantasia namun hanya sedikit sekali yg benar2 komited untuk mencari seorg yg bergelar lover hingga saat ini aq masih buntu apakah perhubungan itu semata-mata kerana kepuasan nafsu yg terkawal atau perasaan untuk di hargai?Ntah gigih sangat dalam PR lately aq berkenalan dgn seorg...seorglah no need to mention his name kan...nampak mcm ada kesarasian namun terlalu awal untuk menjangkakan sesuatu yg indah gaytuee namun ada satu hal yg aq suka tentang org ini,dia very friendly,dan more mature umur pun dah plus 30 kowt...so far we just be friend tak lebih dari itu coz i thing lebih bermakna menjadi seorang sahabat dari scandal...tak kemana-mana pun kalau asyik2 scandal kan ahhaah....k guys enuf for 2day....

Wednesday 12 May 2010

It`s May... part 2

Opss My brithday again,another milestone for me,and the important thing is umur semakin meningkat 3 tahun lagi akan melangkau 30 tahun,alala bukan budak kecik lagi dah mampu buat anak kowt hahah,nonsense not that topic yg nak aq tulis kali ini but sebelom terlambat aq nak ucapkan thanks a lot pada yg wish sempena Birthday aq yg lalu,di perkirakan sekitar 80 sahabat handai baik di Malaysia mahupun di luar yg mengucapkan selamat lewat Facebook,Tagged,Friendster mahupun myspace,tak terikot yg sent msg...the best part siap menyanyikan lagu birthday lewat panggilan telefon...anyway thanks once again..kamu buat hidup aq bererti sekali.
May be some of you know that i have to attend my shortsem this month,syukur semua berjalan dengan baik,setiap perancangan di atur dengan baik,aq dah bercakap dengan Pn.Liza(Academic)mengenai proses shortsemester dan juga Pn.Ain mengenai penempatan penginapan,apa yg pasti 21hb ne aq akan ambik kunci bilik dari Hal Ehwal Mahasiswa...ermm meaning malam 20 hb tue aq dah gerak ke utara,cant wait the time hahahha...used to be befora what....naek bas apa maih dalam planning,ak naek bas yg seat besar boleh aq berdengkur puas2 hahaha tp awas kalau kena duduk dengan mat bangla ker atau seangkatnnya confirm aq jadi burung pungguk berjaga vagai>cheq takot kena raba opss*berangan vagai dah hehhe
Short semester dalam 7 minggu yg sedikit merisaukan aq ialah selepas short semester tue aq totally jobless nak tak nak start from now aq kena usaha mencari cable2 untuk cari kerja nanti...guys out there ada kerja kosong tak?Takan nak cakap mcm tue kan huhuh....entahlah fikir banyak2 pun menyakitkan kepala jew so better reserve untk difikirkan nanti voley mcm tue?So the best solution KIV dulu lah huhuh
Singel again...myb my relationship with him cant be longer,tak nak salahkan dier dalam hal ini lagipun adalah lebih baik buat keputusan seperti ini sebelum berlarutan,isk siapa yg nak singel kan tapi kadangkala ada second part tue di luar kemampuan manusia untuk menghadapinya,apalah gunanya status on relationship dalam facebook tapi realitinya aq singel boleh gaytuee?Dalam masa yg sama mungkin jarak antara kami yg membuatkan hubungan tue mcm hidup segan mati tak mahu...rasa jealous tengok org lain yg on long distance relationship boleh bertahan vagai kan tP for me belum jumpa formula yg lebih berkesan...so for now am SINGEL again...
One more week aq akan meninggalkan Port Dickson,apa yg aq temui disini?Teman?Persahabatan?tekanan?Thanks God untuk semua ini....terima kasih kerana membuat aq melaluinya...

Monday 3 May 2010

It`s May...

Salam,opss dah masuk bulan May,means dah 5 bulan weolls melalui tahun 2010 ini,masa begitu cepat berlalu bukan?Inilah yg dikatakan sebagai kehidupan,sedar tak sedar kita berada di pertengahan tahun,so persoalnya ketika ini,apakah segala impian kita di tahun 2010 sudah menampakan hasil?Atau kita masih teraba-raba mencari titik tolak bagaimana untuk memulakan?Persoalan ini bukan di tujuhkan untuk uolls sahaja bahkan untuk iolls juga...honestly aq sendiri masih mencari titik tolak dimana aq harus bermula semula,mengimbas pengalaman masa silam membuatkan aq lebih berhati-hati dalam stiap keputusan yg aq ambil,of coz setiap keputusan di sertai dengan risiko tetapi itulah yg harus di lalui,bak kata patah perpatah Melayu,kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai,inimerupakan cabaran yg harus di tempuhi untuk lebih berjaya kekdahnya..Bulan May ini aq akan menghabiskan pengajian aq,semoga apa yg di rancang berjalan dengan lancar,kalau ikutkan hati memang tak nak lagi cuma apabila mengingatkan usaha aq selama ini,rasa rugi apabila tidak menghabiskan sisa pengajian yg tinggal sedikit,so tanggal 24 May merupakan minggu pertama aq berada di kampus,dan part yg best sesi pengajian aq kali ini lebih pada sesi consultan dengan lecture but still have to seat for exam pada 7 Julai nanti,hati kecil ku mengharapakan agar semua berjalan dengan baik.
Owh my God...hampir terlupa,percutiaan tanpa di rancang membawa aq jalan2 cari dan cuci mata ke Melaka,rasa mcm mimpi lak,kota A`Famosa yg hanya dikenali melalui siaran Tv,kini megah berdiri di hadapan mata,percutian ke Meleka ini merupakan yg pertama kali pada tahun 2010 cuma yg tak bestnay tak begitu bersedia...lantaklah...ada berberapa shoot yg sempat di ambil...layannnn

...Nak cybershoot tapi x menjadi hahah
Done2 Hang Tuah maen Blackberry hahahh

On Ship...


View from Taming Sari Tower...
*tak payah pe luar Negara kat Malaysia banyak tempat menarik....