Tuesday 29 September 2009

Hati seorg Lelaki...

Hola...akhirnya...aku mendapat off day gak hari ne...jika minggu lalu kerjain terus dalam waktu seminggu,minggu ne aku dapat gak berehat sehariaan...semestinya bermanja-manjaan dengan mattres aku yg empuk ne....bayangkan tidor sehinggakan tak nak bangun ermm merapuh lak kekdahnya,semalam member2aku kembali bertugas selepas seminggu beraya sakan kat kampung halaman nun jauh kat pasir mas kelantan,syukur mereka dalam keadaan baik2 sahaja...coz biasa musim perayaan ini banyak sangat kemalangan yg berlaku,so tak hairanlah bila ada iklan kat Tv,"jangan jadikan lebuhraya sebagai pusara"kena sangat dengan situasi di Malaysia ne,tu ler ada gak baik buruknya kalau jalan raya yg elok ne...tapi bahayanya kalau berlaku kemalangan yg meragut nyawa...tak pasal2 sambut raya dalam suasana yg muram...opss change topic...

Urmmm mcm mana erks nak mengungkapkan hati seorang lelaki?Anyone yg boleh bantu aku?It`s must be complicated to explain right?Mungkin ada yg beranggapan bahawa hati seorang lelaki semestinya keras bak ibarat batu granit ker atau hati lelaki ibarat sekeras batu kelikir?Masing-masing mempunyai pandangan peibadi right?Actually aku sengaja memaparkan topic ini,dalam berberapa minggu ini,sekali aku mengalami suatu keadaan yg sukar...mungkin mereka yg rapat dengan aku tidak perasaan di dalam setiap senyuman bahkan gelak tawa ku terselit suatu keadaan yg sukar,sukar untuk membuat keputusan,mungkin sebelum ini aku merasakan begitu kosong sekali,tetiba mempunyai sesorang yg layak untuk di panggil Dear...wow...mcmana tue?Tapi akhirnya dia sendiri dengan sopannya menolak untuk lebih erat lagi dek kerana waktu yg tak sesuai(just broke up with his x couple)so dalam keadaan sukar aku hanya mampu untuk make me silent...ya i think the best way at the moment....just silent...Jdi emo pulak hahahha
Tapi 2lah kenyataan yg harus aku terima...nampaknya kena bertahan dalam hal ne...Just keep it...ermm well i will as what u ask to me...ntahlah feel very lonely lak kalau akde couple ne...dan boleh memudaratkan kesihatan...apalagi kalau bukan sex rambang opss aku tahu ker apa yg aku cakap ne?Excuse me i am not the person who fucking around ok...dah enough...biarkan perasaan ini berlalu...Cinta?ya memang cinta gak...ibarat lagu keep bleeding by Leona lewis...mcm tu lah rasanya setakat ne...apapun wish the best to him..Esok dier kan berangkat e Pulau Pangkor untuk menghadiri course...semoga sihat selalu...
Opss dah lewat lah pulak....kenyang minum Vintagen...nah apa mimpi abang aku tue beli Vintagen sampai tak muat peti ice...apa lagi lantak lah...ada sesiapa yg nak Vintagen?Angkat tangan...cepatttt...ne tidak memabukan hehhee...
Hari ne start mula kelas...ntah kalau tengok performance aku selema ne mcm x confident ja stdy ne...minta2 perasaan tue hanya mainan sahaja...ya aku nak habisakan stdy ne scepat mungkin hehhe..klah guys...stop here....

Friday 25 September 2009

Perjalanan seorang Lelaki str8 part 2

# refer posting sebelum ini....
Abang:Lalu kakak isteri aku mengajak isteri aku tinggal di rumahnyah di Seremban,sehingga satu masa anak2 kakaknya juga tidak senang dengan kehadiran isteri aku disana,isteri Abg tidak punya pilihan lain kecuali keluar dari rumah kakaknya...
Aku:owh mcm tue,so mcmana Abg boleh jumpa dengan isteri Abg tue?Lanjut aku...
Abg:Ermm semua tue start bila isteri Abg berkerja di Swensen Subang Parade,Abg ayat2 ler dier...hujung2 dapat hehehh...apalagi Abg bawa terus balik Ganu....jumpa mak bapak Abang...
Aku:owh...begitu ceritanya...
#sambil menggaru kepala....~ada juga hidup mcm ne huhuhuh

Monday 21 September 2009

Catatan perjalanan seorg lelaki str8...

Salam...wow kaler font aku kali ne hijau muda hahhaha mentang2 Hari raya kan hehehe...yer..Raya lah bro...ermm Raya,raya juga tapi keja tetap keja huhuhu...sebenarnya sharing kali ini tidak mempunyai kebenaran dari nya tetapi aku rasa ada nilai yg perlu di sharingkan...cheritanya bermula apabila aku bertanyakan mengenai sambutan Raya tanpa keluarga disisi,dia merupakan org Ganu dan lebih tua dari aku,dan aku membahaskan dirinya Abang....
Aku:Kasihan isteri abang Raya sendirian,abang kena keja pulak....
Abang:Aku dah hantar isteri Abang kat Ganu,kat sana dier boleh bergembira sakan sebab mak ayah Aku ada kat sana...
Aku:Isteri abang asal mana?Dia tak balik umah keluarganya ker?
Abang:Isteri Abang asal Klang,ermm dier dah di buang dari keluarganya?
Aku confiused kejap,aku meneruskan pertanyaan untuk lebih ingin mengetahui
Aku:Di buang?maksud Abang?
Abang:Isteri Abang merupakan anak yg paling Bongsu,sejak kecil isteri Abang tinggal dengan neneknya di Seremban,apabila neneknya meninggal dunia,isteri Abang kembali semula ke keluarganya,memandangkan alatan tahun yg sangat lama,seakan2 adik beradik isteri Abang tidak dapat menerima kehadiran isteri Abang kembali ker pangkuan keluarganya dan sering di Ban apabila isteri abang melakukan kesilapan.
Aku: Lalu?
Abang:Sampai satu ketika apabila mak isteri Abang meninggal,adik2nya tidak memberitahunya,dan hanya selepas dua hari Maknya di kebumikan barulah mereka memberitahu isteri Abang.
Aku semakin ingin mengetahui cheritanya...
Abang:Isteri Abang stress teruk bila tahu hal itu,hampir dua minggu isteri abang bermalam di pusara ibunya kerana rasa terkilan tidak di beritahu mengenai kematian Maknya,Sampai suatu ketika apabila ayahnya memarahi dan mengatakan isteri abang kafir kerana bermalam di pusara maknya dan tidak mahu mengakui isteri abang sebagai anaknya lagi...
Aku terkedu seketika....sambung next episod....

Saturday 19 September 2009

Salam lebaran


Salam,setelah sebulan Umat Islam berpuasa kini tiba syawal menjelma,bagi sahabat2 aku yg menyambut Hari Lebaran ini,aku ucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri,maaf zahir dan batin.Well sebagai seorang yang lahir dalam keluarga yg berbagai anutan kepercayaan,aku berbangga dengan background ini,hanya deepavali sahaja yg weolls tak celebrated,the rest on semua...unik kan...nelah konsep 1Malaysia yg lebih terdahulu di amalkan di Negeri Sabah...tanah tumpa darahku...bukannya apa ada sesetengan tempat tue...hangin satu badan bila bercakap mengenai anutan kepercayaan...langsung tak ingat perasaan org lain...bukan nak salahkan mungkin background hidup mereka yg hanya terdedah dengan agama dan kaum mereka sahaja...so for them take my advice....lihatlah kami di Malaysia Timur....hidup rukun tanpa banyak songeh pasal anutan kepercayaan ne...ops fyi...my grandma background merupakan org kuat Bobohizan(bomoh wanita)salah satu org yg berperanan penting dalam sesuatu komuniti...mungkin Tuhan mempunyai rencana yg baek untuk keluarga kami,so one of my aunty married wif Penang chinese and convert to Buddhist,and my another aunty convert to muslim after she married with Moslem Guy...and my parents convert to RC...and me go for protestant....ibarat mcm2 Aznil or Astro mcm2 ada...tapi in da end we can seat 2gather...makan sama2 and so on...teringat berberapa hari yg lalu...dalam Facebook aku adalah hamba Allah ne...dgn selamba dier kata kat aku"U mana ler sambut raya...org Christian",katanya dengan angkuh,what the fucking shit u talking about guys?Selama hidup aku.tak ada yg pernah melarang aku seperti itu...dengan selamba aku menjawab komennya tue"Ko guna fatwa Mufti mana tue?and then dier terus diam...

Ermm...seingat aku...tyme raya2 ne yg paling best...ada satu istilah kat Sabah moginakan,yg mana non muslim akan bertandang ke rumah muslim sehari sebelum raya,untuk membantu mereka...tyme ne yg paling aku suka...aku masih ingat,my grandma membawa aku ke rumah saudara kami tue...bahkan tidur disana...hahhaha...tapi semua tue hanya jadi kenangan...sekarang dah besar malulah hahahha...tapi apa g aku perhatikan melalui amalan itu membuatkan rasa kerukunan dan persahabatan antara kaum sentiasa mekar....oklah guys..rasa dah ngantok ne..cukup setakat disini...well once again thanks to all my friend yg ucap raya kat aku...hehhe..Thanks Awang,Acap Wai ,and yg lain2 heheh

Thursday 17 September 2009

Hari Malaysia


Salam,firstly i would like to wish all Malaysian,happy Malaysian day,for young generation many of them didn`t know what the significant on that day...as we know everyone know that Malaysia celebrated Independent Day on 31 of August 1957 but do you know that Malaysia officially form on 16 September of 1963 after North Borneo,Sarawak and Singapore re-joint to Tanah Malaya(now Malaysia),that`s means after 5 years of Tanah Malaya being independent from British,so guys dont be confiused,opss engliash aku berhamburan kekdahnya..camna nak improvekan ne?adei...backto issue....setelah 46 tahun Sabah especially menyertai Malaysia...tidak banyak yg berubah,kekayaan sumber asli negeri Sabah terus di monopoli oleh kerajaan Pusat,maka timbul isu baru bahawa kerajaan pusat merupakan penjajah baru....sendiri mo fikir....apa yg kerajaan pusat lakukan dalam tempoh 46 tahun di North Borneo.


Hari ne selain sambutan Hari Malaysia,aku Off day...tak tahu nak buat apa..Kitchen jadi mangsa hahahha..apalagi masa untuk menunjukan ilmu memasak...nak tahu hasilnya?Licin hasil masakan gue terro juga aku dalam bab masak memasak ne...itupun pasal emergency baru tahu memasak...

Adoii,,perasaan Lonely ne dtg balik...hitung punya hitung dah 2 tahun lebih aku singel erkss..not attch pada siapa2...njoy memang njoytapi ne ah kesudahannya...lonely..bila kita nak dia lak yg tak nak...bila dua2 nak masa lak yg tak mengizinkan...berberapa minggu yg lalu my Ex kat penang text me katanya"You know how i really miss you,but no time?"yelah nak wat mcmana...student calon PHD...mana ada masa,wish u luck my dear...sigh...klah guys nak tidor pagi nanti ada pulak test..mcmana ne tak stduy lagi?wish me luck...okeiiii...Selamat

Tuesday 15 September 2009

Tulisan...spt biasa hehhe

Salam.apa khabar Uolls?Nampaknya entry ne merupakan entry kedua aku dalam bulan ne,namun setiap minggu ada sahaja yg liwat(baca lewat)dalam blog yg semakin usang ne..for them i would like to say thanks so much...sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk terus menyemakan blog ne...well dalam seminggu 2 ne tidak banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan aku secara peribadi...detik berlalu setiap masa,semalam dan hari ini tidak banyak berubah namun satu hal yg pasti aku cuba untuk membuatkan hari2 aku lebih bermakna,bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk org lain(Walau tyme ne aku singel).Yelah memang aku singel pun malas nak fikir pasal couple2 buat masa ne,dua minggu yg lalu aku berkesempatan untuk melawat seorang teman lama di Bandar Sri Permaisuri,aku mengenalinya agak lama sejak 2007,dan secara peribadi aku sangat senang berkawan dengan dia(walau Dier dah belaki)namun sikapnya yg suka merendah diri membuatkan aku selesa dengannya...opss my ex juga tinggal serumah dengannya...malas nak citer pasal Ex aku ne...mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi,syukur so far hubungan aku dengan Ex aku masih baik,walau ada seketika masa kami agak tegang antara satu sama lain tP e2 semua suatu ketika dahulu,and now dier dah jadi singel balik...napa nokss tak dapat lagi ker?Bukan tidak pernah dier nak return to me tP malas nak fikir benda tue....apapun moga da best for HIm..
Ermm sedar tak sedar dah genap 3 bulan aku berkerja sebagai part timer kat swensen ingat bukan pasal apa,ingat pasal dah 3 kali dapat gaji hahahha...kekadang berkerja sbg part time ne agak menyeronokan selain dpt mencari wang saku sendiri...boleh mencuci mata...wahhh swensen SS2 many liang chaiii....liang moi pun tak kurangnya..yelah SS2 merupakan penempatan Chinese so kebanykan our customer merupakan chinese,tP yg bikin panas kalau jumpa customer yg mcm vavi....mcm apa?Mcm Vavi...pandai..anak siapa ler ne...tang tue malas nak sharing...kalau mcm perangai Vavi...vavi juga lah huhuhu....cakap pasal keja ne...aku kalau bz...baik jangan tegur,nanti keluar ayat2 power....cthnya"Jangan kacau aku,saya bunuh kau nanti"(wal hal nak tengok darah pun takott separuh mati,apalagi nak bunuh org hahahha)selain tue kekadang ayat ne keluar gak"ambik pisau belah dua aku"ini pasal kalau banyak sngat yg jadi pemerhati...aku jew yg jD mangsa...nanti uolls aku kenakan...tyme2 nak dekat raya ne lagi pening coz member2 nak balik kampung...kalau dekat mungkin tak seksa sangat coz mereka boleh masuk keja ne depa dah balik Kelantan pulak....so yg jD mangsa weolls yg non muslim lah...takpe kawan punya pasal dont worry..swensen will open as well...opss...minggu lalu masa 090909...bagi yg nak berkahwin kekdahnya merupakan hari bertuah...tP 4 me..merupakan hari yg sial sangat...u know why?Suppose that day i having theory test,but i late wake up...almost 9 baru terbangun...so penyelesaiannya....cari sampai dapat..klinik yg jual MC....sekali lagi MC...akhirnya usaha berbaloi gak tP duit rm 20. melayang lah...semata2 mendapatkan MC tue...ne pg nanti pun ada class jam 10.10 pg tP liat nak maen internet lagi..apa nak jadi?

Opss semasa melawat teman kat Bandar Sri Permaisuri...berkesempatan berbuka posa dengan berberapa teman lama yg boleh di anggap Mak Hayam...satu hal yg aku respect kat depa ne...mereka mempunyai keyakinan yg tinggi..bukan setakat haw2 tp lebey dari itu...kekadang rasa lucu gak bila mereka membahaskan diri mereka MAK....mak ker engkau?Hahhaha...dialog mereka seperti ne..."You semalam kanz mak kena lanjan(tibai)besar noksss"atau mcm ne..."Nokss mak test kat baju kaler pink tue....hadik2 sangat"camna..uolls ada pengalaman bersama dengan maks2 ne?Hehhehe.just want 2 sharing...takde niat langsung nak menghina occay...napa nak hina kat depa diri sendiri tak terjaga hahahhaha....hanjs sngt hahha
Okleh rasanya setakat disni untuk kali ne....Selamat Hari Raya,maaf zahir dan batin....

Friday 4 September 2009

Pearrrgh...

Pearrgh...minggu ne asyik x cukup tidor jew...ala2 mcm kluang man lak...tidor di subuh hari...bangun2 jew mandi n trus pergi keja...pasal keja baek tak payah sharing lah...mcm biasa kekadang ok n sebaliknya...yg penting hujung bulan aku dapat my salary...customer2 yg bengang2 tue tak payah nak fikir sangat...give n take jew opss mcm sesuatu lak...
Ermm ne first entry aku untuk bulan september kanz...so sebelum terliwat(Baca lewat) aku nak mengucapkan salam kemerdekaan untuk semua teman2,tahun ne Malaysia sudah genap 52 tahun yg ntah apa2...uolls perasan tak...disebalik nama Malaysia dihina bahkan bendera Malaysia di bakar di Indonesia...pemimpin2 kita buat dowh jew...mereka sibuk politikang sana-sini...yg lagi bahlul@bengong...sanggup membawa kepala Lembu semata2 tak puas hati...for ME ne sesuatu yg sensitif terhadap kepercayaan org lain...apalagi yg melakukannya sedang menyambut bulan puasa....dunia..dunia...inilah konsep 1Malaysia yg diwar2kan...mcm tak nampak hasilnya...ketegangan kaum semakin meningkat dan sebagainya...nasib baek aku bukan PM kalau tak...
Study aku?Ya syukur setakat ne stdy ok...cuma masih dalam proses mengenali rakan2 sekuliah...ada yg lawa n kacak tok...serious...suka sangat tengok muke dier...nak tahu siapa?Sendiri check..nak number phone dier?Jap Cheq bagi nooo....kepala 999 bukan 69 ok...just kidding,yg tak bestnya lec str8 sangat kekdahnya...malas nak layan huhuuh..tP next week ne dah nak test so kena stdy gaklah...
Funyooo semalam punya lah penat...semata2 untuk memastikan talian internet aku ne sentiasa hidup...aiyoo...pe sana P1 Wimax bah yg x bestnya kena jalan kaki lak tyme nak balik kekdahnya...apapun berbaloi gak sebab my internet bill dah bayar....
ok guys tyme for chaww....add me at Facebook...tengok badge saya tue k....