Sunday 27 July 2008

My Life Part 2

Whassup..bertemu kembali....saya nak habiskan cepat part my life ne hehhhe..sepertimana yang saya kongsikan dengan u`olls semua sebelum ne....itulah dunia masa kecil ku...tiada siapa yang memperdulikan kewujudan saya sebenarnya...kecuali yang saya nyatakan pada posting pertama saya..mungkin mereka tidak mengalu-alukan kewujudan saya ke dunia..pasrah...ayah saya seorang yang punya keinginan untuk memiliki anak perempuan..malangnya saya lahir sebagai seorang lelaki..dan bertindak meninggalkan saya dengan ibu ku..pada usia belum menjangkau setahun...apakah saya kecewa apabila mengetahui kebenarannya?ya saya kecewa sekali namun dapat memaafkannya kerana dia tetap ayah saya..jahat buruk dia..saya tak dapat mengubah bahawa saya adalah darah dagingnya.....dan bermulalah penderitaan yang tak di jangka-jangka....menjadi seorang anak yang kekurangan kasih sayang merupakan satu hal yang sukar untuk di tanggapi..peribadi mana yang mahu melihat keluarganya berantakan?saya juga ngakk mahu perkara itu terjadi..namun kerana keegoaan manusia itu sendiri..perkara itu terjadi....ibu telah banyak menanggung beban dan juga penderitaan......selepas 7 tahun ayah saya kembali merujuk..oleh kerana ibu saya melihat itu penting bagi saya ..dan dia bersetuju..untuk merujuk kembali walau luka lama masih berdarah tetapi untuk saya dia sanggup melakukan perkara itu...saya sangkakan cerah sepanjang hari tetiba hujan di tengahari...kami tidak dapat lama mengekalkan perhubungan mereka sebagai satu keluarga...dengan kelahiran adik saya pada tahun 1990..yg juga seorang lelaki...menjadi penyebab utama ayah saya meninggalkan ibu untuk kali kedua..sekaligus keluarga saya berpecah kali kedua,,,hati siapa yang tak sakit apabila melihat keadaan itu.........ibu sekali lagi bersusah payah untuk membesarkan adik saya.....pernah sekali saya berjumpa ayah saya pada waktu itu saya berumur 8 tahun...kerana ingin meminta se tin susu dutch lady untuk adik saya...ayah sanggup menghumban tin itu kepada saya...nasib baik hanya kena di kaki saya bkan kepala....ermm saya memang degil pada waktu kecil ku...suka memberontak...mungkin itu experasi dari apa yang saya alami pada ketika itu......kini 17 tahun sudah berlalu....kenangan itu sentiasa segar dalam ingatan saya...berjuang untuk hidup dalam ketidak tentuan......ibu ku telah pun di panggil Tuhan pada tahun 2007..semoga penderitaan mu berakhir di situ dan aman dalam persemadian...Rest in peace...

is My Life..part 1

Shallom....ntah apa yg terjadi dengan saya malam ne ada extra energy untuk menulis dalam blog ini...mungkin kerana rasa sunyi dan juga keinginan untuk meluahkan sesuatu untuk di kongsikan?Pernahkah u`olls mengalami rasa kecewa yg sangat mendalam?atau keadaan-keadaan yang membuatkan kita rasa hilang pertimbangan atau rasa jatuh cinta?Atau apapun yang melibatkan perasaan..mungkin u`olls tahu dengan statement ini"Bermain dengan perasaan"ya bermain dengan perasaan..kita seringkali berhadapan dengan situasi ini dalam hidup kita...dan saya percaya melalui permainan ini kita akan menemui samaada kekecewaan ataupun kegembiraan..ya kecewa kerana kita kalah dalam permainan dan kita gembira kerana kita dapat memenangi permainan tersebut..dalam hidup saya, saya boleh menyatakan bahawa saya sering kali gagal dalam permainan ini...muda sangat untuk tewas dalam permainan ini....mungkin itu takdir saya atau mungkin saya tidak cukup kuat untuk menghadapi semua itu..dalam berberapa waktu ini saya mengenali seorang sahabat baru dalam friendster....dan berkesempatan untuk membaca blognya..saya perhatikan bahawa sahabat ini seorang yang optimis dalam hidupnya...dan mugkin apa yang di kecapinya masa ini adalah daripada kemenangannya dalam permainan yang saya sebutkan di atas...dan secara peribadi saya di berkati dengan apa yang dia kongsikan dalam blognya itu..i will put ur blog site in my links Jeff hehheehhe..hope u will accept it heheh...berbalik kepada persoalan tadi...ingin saya kongsikan dengan apa yang terjadi dalam hidup saya secara peribadi mungkin sebelum ini saya pernah posting perkara yang sama tapi tak salahkan....i am consider my self unfortunely person dan di sebalik itu saya bersyukur kerana melalui itu saya belajar bagaimana untuk hidup dalam atmosphera yang semakin Tua ini..dimana kejujuran dan kebaikan hati tidak lagi menjadi asas kehidupan manusia...sejak kecil lagi saya merasa memang saya seorang yang kurang bernasib baik bukan sahaja dari segi kekeluargaan(family matter) juga dari segi kesempurnaan hidup....berjalan kaki ke sekolah rendah sejauh 1 kilometer saban hari,menaiki 4 whell drive tanpa safety untuk ke sekolah ... berbanding dengan org lain yang di hantar oleh ayah mereka menaiki kereta dan sebagainya...berkerja sebagai buruh paksa mengangkat papan dengan upah rm 0.50 sekeping...merupakan sebahagian dari warna kehidupan saya...namun dua hal yang saya sangat bersyukur..pertama...saya mengenal siapa Tuhan dalam waktu kecil ku dan juga kasih seorang nenek yang sangat mengasihi aku...kekadang ada hal yang indah di dalam kita mengalami sesuatu kekalahan dalam permaian ini....usia saya dalam 7 tahun saya mula mengenali Tuhan dalam hidup saya..apa itu kasih,apa itu dosa dan sebagainya...ya saya bersyukur dalam hal itu kerana saya percaya kalau bukan Tuhan tidak mungkin saya akan hidup sehingga masa ini sekadar meminjam kata-kata jeff..hidup ini hanya di pinjamkan oleh Tuhan..dan saya bersetuju dengan dia,,,,lets face it in reality...kedua my grandma...thanks grandma..u teach me how to survive,with u love,passion u make me pround on you...thanks to my auntie juga yang menjadi second mother saya hehhehe even though auntie dah memeluk agama Islam..aya tiada masalah langsung dengan perkara itu..myb itu destiny auntie dalam hidup kan...membesar dalam keluarga yang berantakan bukanlah sesuatu perkara yang indah dan sering kali bermain dengan perasaan...melihat kesengsaraan di suatu pihak kerana masalah ini...guys dont make wrong at me k..saya bukan membuka pekung di dada cuma saya mahu mengonsikan tentang hidup saya agar u`ols lebih mensyukuri hidup u`olls...and in the end saya tetap bersyukur dengan hidup saya...ermm seem sleeply already i will continue my life part 2 soon.....God bless you...

Kesudahan......

Akhirnya,,,,,saya menyedari bahawa saya sedang bermain dengan perasaan...di satu pihak sangat menyintai dia bahkan lebih dari segalanya namun di pihak satu lagi diam seribu bahasa..come on guys..let be honest....ntah seribu alasan yg di berikan..of course kita faham tetapi kebenaran akan nyata juga...ohw man..so stress...mengapa perkara ini perlu terjadi?apa,saya tidak melakukan yang terbaik untukmu?or segala yang awak lakukan hanyalah lakonan semata-mata atau saya yang terlalu mendesak?who know?ntah nak cakap apa lagi no idea....apapun hopefuly our relationship will be well...coz i love you so much...

Thursday 24 July 2008

Dekat tapi jauh...

Entah mengapa malam ini tiba-tiba punya keinginan untuk menulis..apakah ini di dorong oleh apa yang terjadi dalam hidup saya sehariaan, dalam berberapa waktu ini?ermm sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata namun demikian saya tidak mungkin akan berpaling arah jauh sekali untuk menyerah kalah......hari ini saya masih berusaha untuk menyiapkan tugasan untuk test spect produk perodua...nampaknya sampai minggu depan juga lah keja ne baru akan siap....stress sangat huhu.....dah lah stress tyme balik keja pulak sesak....kereta berbaris....panjang sangat..stuck kat jalan huhu tambah pening lagi......apapun biarlah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.....
bercerita sedikit mengenai kisah peribadi..(chewaaaa)ermmm sangat complicated untuk mengonsikannya apa yang mampu saya katakan ialah dekat tapi jauh.....dalam kita menyintai sesorang memerlukan pengorbanan..bukan sahaja dengan tindakan kita tetapi kekadang kita akan bermain dengan perasaan...kalau sebelum ini saya pernah mengalami Long distance relationship....tetapi saat ini...org yang kita sayangi itu sangat dekat dengan kita...namun mengapa Dekat tapi jauh?kita sekali lagi di perhadapkan dengan soalan ini...........come on guys.....tidak berniat untuk menyinggung sesiapa tetapi inilah situasinya.....so berserah je lah...

Tuesday 15 July 2008

Yahoo....

Whassup bro.....hampir seminggu my laptop buat hal...so tak dapat updatekan blog ne selalu apapun pada mereka yang selalu melawat blog ne saya ucapkan terima kasih,untuk pengetahuan semua..masa ne saya sedang menjalani latihan industri di Bayan Lepas Penang selama 16 weeks..bermaksud bulan oktober nanti saya akan siap menjalani latihan ini....untuk kawan-kawan yang turut menjalani latihan seumpama khususnya student UniKL Msi..selamat berIntra..jgn cari scandal k hehhehe...oh ya sedikit mengenai tempat practical saya...cukup bernasib baik coz saya di tempatkan di bahagian penyelidikan dan pembangunan...latihan industri kali ini bukanlah kali pertama bagi saya kerana sebelum ne saya juga pernah melakukan latihan industri ketika belajar di ILP sebelum ini namun budaya kerja dan suasana sangat berbeza..almaklumlah tempat saya menjalani latihan masa ini di punyai oleh syarikat worldwide yang beribu penjabat di Italy..so mereka sangat menekan kan budaya team work dan sebagai nya..oh ya nama tempat practical saya ialah Automotive Lighting Sdn Bhd.
Rasanya pada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan saya..pernah sekali saya begitu stress memikirkan tempat latihan industri ini..dan saya ada post juga dalam blog..ne bagaimana reaksi saya pada ketika itu..syukur Tuhan itu baik huhu God Is Good......dan menyediakan segala keperluan saya huhu..Thanks Jc....
Owh ya mesti ada di antara kalian semua ingin mengetahui sebahagian kisah hidup saya kan heheehe..since lama tak msg dalam friendster dan sebagainya mungkin ada di antara kalian tertanya-tanya status saya masa kini wakakkaka..first of all i would like to make announcement that my weghit is reduce...already hehhehe....ermm status terkini masih complicated heheeh Biarlah Rahsia kata Siti..tapi org istimewa 2 memang dah ada.......tengah ambil PHD masa ne..ermm 2 jer yg saya boleh gitaw semua..sorry dear...jgn marah k hehhehheh clue jer 2 wakakkaka.....ermmm i think cukup sampai disini masa ne nanti saya posting lagi dalam masa terdekat ok...salammmmm

Friday 11 July 2008

Industrial Training....part 2

Hello guys......apa khabar semua?harapan saya agar kalian berada dalam keadaan baik gitew...erm isnin ne saya akan memulakan latihan industri di Bayan lepas..rasa excited juga sebab ini merupakan kali pertama saya mengalami situasi berkerja...harap2 lah semua berjalan dengan baik kanzz....btw rasa sengsara gak menunggu peluang ini...nasib baik last minute dapat juga huhu...2 belum lagi pasal bab cari rumah gitew huhu...malam semalam kita org sesat kat sg dua pasal nak cari rumah lah nasib baik ada hamba Allah 2 sudi untuk menyewakan biliknya yang sangat selesa dengan kadar yang murah..thanks ViviFadly..hehheeh...erm laptop aku lak buat hal...apa lagi aku hantar pe kedai bagi format hehehhe tP terpaksa buang duit lag huhu.........

Wednesday 2 July 2008

Akhirnya Part 2

Hai guyz...bertemu semula...sebenarnya saya nak update blog ne semalam tapi ada keja lain kena buat lak huhu so tak dapat lah....erm akhirnya saya dapat penempatan Intra..di Bayan lepas,Penang....yg bestnya dapat elaun rm 600 antara yang tertinggi noks..wakakaka cukup gembira hehhehe...perkembangan semasa....
New intake UniKL Msi 430 org..untuk degree,diploma dan foundation...alamat jam lah pengunaan bengkel 2 nanti...belum masuk bab hostel...kesian Mr.Lan tengah fikiaq mcmana nak sumbat depa wakakkaak..cool down mr.Lan heeheheheh.....